[TERKINI] : Geran Khas Prihatin Tambahan RM1,000 Sabah ~ Semakan & Syarat Umum Pemohon



GERAN KHAS PRIHATIN RM1,000 UNTUK PENJAJA DAN PENIAGA YANG TERJEJAS

Berita baik buat anda semua kerana baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa Geran Khas Prihatin Tambahan berjumlah RM1,000 kepada penjaja dan peniaga di negeri Sabah yang mana terjejas ekoran kekurangan kehadiran para pelancong ke negeri di bawah bayu akibat penularan wabak pandemik Covid-19 ini.


GERAN KHAS UNTUK PEMANDU TEKSI, E-HAILING, KERETA SEWA DAN PEMANDU PELANCONG

Semasa membentangkan Belanjawan 2021, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia telah menyatakan bahawa geran khas ini juga akan diberikan kepada para pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan para pemandu pelancong di negeri Sabah.


PENGECUALIAN LEVI TABUNG HRDF SELAMA TEMPOH 6 BULAN

Pada pembentangan belanjawan tersebut juga, Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul juga turut mengungumkan pengecualian levi tabung HRDF akan diberikan pada 01 Januari tahun hadapan selama tempoh enam bulan.


Menurut beliau, pengecualian ini adalah meliputi sektor pelancongan terutamanya di negeri Sabah bertujuan untuk membantu mengurangkan beban aliran tunai syarikat serta sektor perlancongan yang terjejas teruk akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19.


SEMAKAN SYARAT UMUM KELAYAKAN

  • Mempunyai lesen perniagaan.
  • Pemohon mestilah seorang rakyat Sabah.
  • Pemohon merupakan pengeluar produk / memberi perkhidmatan.
  • Mempunyai premis perniagaan.
  • Mempunyai minat dan komitmen dalam perniagaan.
  • Mempunyai bukti pendaftaran sebagai seorang pemandu teksi, e-hailing dan kereta sewa.
  • Syarikat dalam sektor pelancongan yang berdaftar secara sah.

SYARAT UMUM PEMOHON

  • Para pemohon hendaklah merupakan rakyat negeri Sabah.
  • Usahawan PKS yang menghasilkan produk atau perkhidmatan pelancongan.
  • Mempunyai lesen perniagaan yang berdaftar dengan mana-mana agensi.

Sumber : BHarian.com

Post a Comment

0 Comments