[TERKINI] : Aplikasi WhatsApp Hanya Boleh Digunakan Oleh Telefon Tertentu Sahaja Bermula Januari 2021 - Semak Di Sini!


 


Adakah anda merupakan seorang pengguna aplikasi WhatsApp? Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa penggunaan aplikasi WhatsApp sebagai salah sebuah alat yang berfungsi untuk berhubung dan berkomunikasi dengan individu lain kini semakin meluas dan boleh dikatakan hampir semua pemilik telefon pintar hari ini akan mempunyai aplikasi WhatsApp ini.


Untuk pengetahuan anda semua, Mirror.co.uk telah melaporkan bahawa perkhidmatan popular WhatsApp ini akan berhenti berfungsi pada peranti ataupun telefon model tertentu melainkan mereka menaik taraf sistem operasi terbaru pada telefon atau peranti mereka.


Sila ikuti perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan jenis telefon pintar serta sistem operasi yang disokong untuk penggunaan WhatsApp bermula pada Januari 2021.


SISTEM OPERASI YANG DISOKONG


Untuk makluman anda, bermula pada Januari 2021 aplikasi WhatsApp akan berhenti berfungsi pada telefon pintar yang tidak menggunakan sekurang-kurangnya sistem versi yang disokong seperti berikut:

  • Apple iOS9
  • Android 4.0.3
  • KaiOS 2.5.1

Bagi sistem operasi KaiOS, ianya adalah termasuk kepada para pengguna peranti JioPhone dan JioPhone 2.

Bagi Para Pengguna iPhone
  • Semua model peranti iPhone hingga iPhone 4 bakal kehilangan sokongan untuk menggunakan aplikasi WhatsApp.
  • Hal ini bermakna bagi mereka yang menggunakan iPhone 4S, iPhone 5S, iPhone 6 dan iPhone 6S perlu untuk melakukan kemaskini kepada sistem operasi mereka ke iOS 9 atau yang lebih baharu untuk mereka terus menggunakan aplikasi WhatsApp.

Bagi Para Pengguna Android
  • Aplikasi WhatsApp akan berhenti berfungsi pada telefon pintar yang berjalan pada versi Android sebelum 4.0.3
  • Antara model telefon yang tidak lagi dapat untuk menyokong aplikasi WhatsApp adalah HTC Desire, LG Optimus Black, Motorola Droid Razr, dan Samsung Galaxy S2

CARA SEMAK SISTEM OPERASI TELEFON ANDA

Untuk para pengguna telefon pintar yang agak lama, anda dinasihatkan untuk melakukan semakan sistem operasi versi telefon anda sekarang untuk terus menggunakan perkhidmatan aplikasi WhatsApp.

Untuk Telefon Android

Bagi pada pengguna Android, anda boleh menyemak sistem operasi telefon atau peranti anda seperti berikut:
  1. Buka tetapan (Setting)
  2. Pilih tentang telefon (About Phone)

Jika versi telefon anda kurang daripada Android 4.0.3, anda diminta untuk melakukan kemaskini (update) pada sistem operasi peranti anda untuk teruskan penggunaan aplikasi WhatsApp.

Untuk Telefon iPhone

Bagi para pengguna iPhone pula, anda boleh melakukan semakan terhadap peranti anda melalui cara berikut:
  1. Buka tetapan (Setting)
  2. Pilih umum (General)
  3. Pilih maklumat (About)

Sistem operasi bakal dipaparkan di Software Version. Jika peranti anda menggunakan versi kurang daripada iOS 9, anda diminta untuk melakukan kemaskini (update) bagi meneruskan penggunaan aplikasi WhatsApp. 

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments