Seramai 19,254 Calon SPM Terima Bantuan RM50 Seorang




KUANTAN : Sebanyak RM962,700 telah diperuntukkan kepada 19,254 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri Pahang sebagai salah satu inisiatif memberikan suntikan semangat dan tanda keikhlasan daripada pihak kerajaan negeri.

CALON SPM TERIMA RM50 SEORANG

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga merupakan Menteri Besar berkata buat pertama kalinya calon SPM 2020 bakal menerima sebanyak RM50 seorang yang terdiri daripada 214 sekolah.

"Jumlah tersebut telah membabitkan seramai 17,778 orang pelajar daripada sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di samping 1,476 sekolah agama negeri, sekolah menengah agama rakyat dan maahad tahfiz.

"Sekiranya kedudukan kewangan negeri lebih baik pada tahun 2020, pihak kerajaan negeri akan memberikan tambahan namun ianya bergantung kepada sumber kewangan," katanya.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata demikian ketika majlis penyerahan insentif pembelajaran secara dalam talian bagi calon SPM 2020 Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

MURID TAHUN SATU BAKAL TERIMA RM100 SEORANG

Tambahnya lagi, bagi murid tahun satu sesi persekolahan 2021 pula seramai 24,738 orang akan menerima RM100 seorang yang membabitkan peruntukan berjumlah RM2,473,800 pada awal Januari depan.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments