[RASMI] : Skim Pembiayaan Informal (SPIN TEKUN) Beri Bantuan Sehingga RM5,000 Untuk Usahawan
Untuk makluman, Skim Pembiayaan Informal (SPIN TEKUN) adalah merupakan pembiayaan kepada usahawan yang belum lagi mempunyai Pendaftaran Perniagaan (SSM) ataupun lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Antara objektif pembiayaan ini adalah untuk membantu para usahawan yang baru memulakan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan atau lesen perniagaan dalam kesukaran semasa menghadapi penularan wabak pandemik Covid-19. Untuk pengetahuan anda, jumlah pembiayaan yang ditawarkan melalui skim ini ialah bermula dari RM1,000 hingga RM5,000.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut maklumat berkaitan dengan Skim Pembiayaan Informal (SPIN TEKUN) ini, sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini.

APA ITU SKIM PERMBIAYAAN INFORMAL (SPIN TEKUN)?
Skim Pembiayaan Informal (SPIN) adalah merupakan pembiayaan kepada usahawan yang belum lagi mempunyai Pendaftaran Perniagaan (SSM) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kesemua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan patuh syariah boleh dipohon melalui skim ini.
Antara kriteria bagi SPIN ialah warganegara Malaysia yang mempunyai bukti perniagaan selain premis mereka juga turut bakal dikunjungi oleh pihak TEKUN Nasional sebelum mendapat kelulusan.
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah merupakan syarat permohonan yang anda perlu patuhi sebelum melakukan permohonan untuk Skim Pembiayaan Informal (SPIN TEKUN):
- Warganegara Malaysia
- Bumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagaan yang sah
- Para Usahawan perlu menyertakan Borang Pengesahan Perniagaan (JPTT/Borang/04) ini bersama dengan borang permohonan pembiayaan (JPTT/Borang/02,JPTT/Borang/03,JPP/Borang/02 atau JPP/Borang/07)
- Borang Pengesahan Perniagaan (JPTT/Borang/04) adalah dokumen yang menggantikan Lesen atau Pendaftaran Perniagaan (SSM).
- Borang Pengesahan Perniagaan (JPPT/Borang/04) ini perlu dicop dan disahkan oleh Pemimpin Tempatan/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Ketua PSAT.
CARA MEMOHON
Berikut adalah merupakan Borang Permohonan Pembiayaan Informal (SPIN TEKUN) yang anda semua boleh muat turun sebelum melakukan permohonan:
- JPP Borang 02 - Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN
- JPP Borang 07 - Borang Permohonan Pembiayaan Ulangan, Bertindih atau Berasingan
- JPTT Borang 02 - Borang Permohonan Pembiayaan TEMAN TEKUN
- JPTT Borang 03 - Borang Permohonan Pembiayaan Ulangan, Bertindih atau Berasingan Skim TEMAN TEKUN
- JPTT Borang 04 - Surat Pengesahan Perniagaan
Post a Comment
0 Comments