[RASMI] : Rujuk Contoh Situasi Pemohon i-Sinar KWSP Yang Akan Mendapat Kelulusan Secara Automatik



Umum mengetahui bahawa permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP telah pun diumumkan secara rasmi oleh pihak KWSP pada hari Rabu lepas. Berita baik buat semua kerana pihak KWSP telah mengumumkan bahawa permohonan adalah terbuka kepada lapan juta ahli KWSP.


Walaubagaimanapun, sebelum pencarum KWSP melakukan sebarang permohonan pendaftaran i-Sinar sila pastikan bahawa anda telah merujuk kepada kriteria kelayakan dan syarat permohonan i-Sinar yang terkini yang telah ditetapkan agar membantu mempermudahkan segala urusan pengeluaran kelak.


Sila ikuti segala perkongsian di bawah ini untuk mengetahui golongan yang layak mendapat kelulusan i-Sinar secara automatik.


KATEGORI PEMOHON

Pihak KWSP telah menetapkan terdapat dua kategori pemohon yang layak untuk melakukan permohonan iaitu:

Kategori 1

  • Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah tidak lama mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Kategori 2

  • Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan keatas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

KELULUSAN SECARA AUTOMATIK

Adakah anda masih lagi keliru dengan segala syarat yang dinyatakan? Sebenarnya, ramai antara anda yang layak untuk memohon i-Sinar. Lihat segala senario-senario yang telah dikongsikan oleh pihak KWSP kat gambar di bawah ni sebagai contoh untuk anda semua jadikan sebagai rujukan.









Post a Comment

0 Comments