[RASMI] : KWSP Umum Perincian Penuh Program i-Sinar Yang Terbahagi Kepada Dua Kategori



Adakah anda sudah bercadang untuk melakukan pengeluaran wang daripada Akaun-1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anda? Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, semua ahli KWSP dibenarkan untuk memohon pengeluaran simpanan daripada Akaun-1 KWSP. Berita baik untuk anda semua kerana hari ini pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan bahawa perincian penuh berkaitan dengan i-Sinar akan diumumkan pada minggu hadapan berikutan daripada pengunguman Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi sesi penggulungan Belanjawan 2021 yang berlangsung pada hari ini.


Untuk pengetahuan anda, perincian ini adalah merangkumi kriteria kelayakan ahli yang mana pendapatannya terjejas termasuklah mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji. Pihak KWSP menjangkakan bahawa ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh untuk melakukan permohonan bermula pada pertengahan Disember 2020 dengan bayaran pertama sebulan selepas permohonan diberi kelulusan.


PERINCIAN PENUH PROGRAM i-SINAR KWSP

Program i-Sinar KWSP ini akan dibahagikan kepada dua kategori seperti berikut.

Kategori 1 

Bagi mereka yang layak termasuklah ahli yang bekerja di dalam sektor formal, bekerja  secara sendiri, bekerja dalam sektor ekonomi pertunjukan, sudah lama melakukan caruman, hilang pekerjaan, suri rumah atau mereka yang telah diberikan notis cuti tanpa gaji.


Kriteria bagi kategori 1 ialah seperti yang berikut:

1. Ahli yang tidak mempunyai caruman kepada KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak (ks) 30% dan ke atas selepas Mac 2020.


Dokumen diperlukan:

  • Bagi kategori ini, tiada sebarang dokumen yang diperlukan. 
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data daripada dalam KWSP.

Ahli hanya perlu melakukan permohonan secara dalam talian sahaja melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.


Kategori 2

Manakala kategori ini pula adalah untuk ahli yang masih bekerja (ks) tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020).


Dokumen sokongan:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa. 
  • Dokumen seperti penyata bank juga turut boleh diberikan.

  

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my bermula pada 11 Januari 2021. 


Bagi permohonan yang dipertimbangkan secara terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa 2 hingga 3 minggu. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan seterusnya kelulusan diberikan.


Maklumat Berkenaan Program i-Sinar KWSP (Rujuk Gambar):




Post a Comment

0 Comments