KWSP Jangan Berlebihan Buat Syarat, i-Sinar Bukan Bantuan Kerajaan - Salam Kerjaya!

Breaking

Thursday, December 10, 2020

KWSP Jangan Berlebihan Buat Syarat, i-Sinar Bukan Bantuan Kerajaan



KUALA LUMPUR : Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan muflis jika mengeluarkan simpanan dari Akaun-1 KWSP sebanyak RM10,000. Lagi pula, terdapat ramai para pencarum yang berkemampuan tidak akan mengeluarkan simpanan melainkan golongan yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan sahaja.


Dr. Asmah Razalli yang juga merupakan Ketua Pergerakan Wirawati Putra Malaysia meminta agar pihak kerajaan untuk menarik balik semua syarat yang telah dikenakan sebelum ini kerana ianya hanya menyusahkan rakyat untuk mendapatkan wang mereka sendiri.


"Saya suka dan sangat kagum dengan kesungguhan pihak pengurusan KWSP yang membuat pelbagai kriteria serta info grafik. Namun, saya ada cadangan yang sangat mudah iaitu buka sahaja secara automatik.


"Semua permohonan hanya perlukan bukti pengesahan sebagai ahli dan pencarum di KWSP sahaja untuk i-Sinar. Harap disegerakan," katanya.


RAKYAT LEBIH BIJAK MEMAHAMI KEWANGAN MEREKA

Menurut Dr. Asmah lagi, bukan semua ahli dan pencarum KWSP mahu serta teringin untuk mengeluarkan wang simpanan mereka. Mereka selaku pencarum pasti lebih bijak dalam memahami situasi status kewangan mereka. 


"Individu yang mampu pasti sama sekali tidak akan terfikir untuk mengusik wang simpanan hari tua mereka sendiri. Rakyat hari ini sudah semakin bijaklah. 


"Individu yang memohon adalah mereka yang benar-benar memerlukan wang caruman sendiri untuk apa sahaja segala keperluan dan tanggungan mereka. Wang mereka adalah hak mereka.


"Ini bukan pinjaman bank juga bukan bantuan kerajaan, tidak perlulah bersusah payah berlebih-lebih mengadakan syarat seolah-olah memanipulasi benda ini seperti sebuah pinjaman. Kasihan dengan rakyat," katanya.


MASALAH KEWANGAN RAKYAT BUKAN PERMAINAN

Menurut beliau lagi, rakyat bekerja dan berpendapatan, mereka boleh terus mencarum semula selepas ini, apa masalahnya.


"Masalahnya bila rakyat hendak menggunakan wang sendiri tetapi bagaikan ingin meminjam dan meminta sedekah pula. 


"Apa yang lebih bermasalah ialah jika ada yang hendak bunuh diri, gadai segala harta benda hanya disebabkan jalan untuk melakukan pengeluaran wang akaun 1 KWSP dihalang oleh mereka yang mentadbir.


"Jangan main-main dengan masalah kewangan, rumah tangga pun boleh hancur. Janganlah susahkan benda serta perkara yang mudah. Melainkan benda tersebut 'tiada'," ujarnya.


Tambahan itu, beliau turut berasa sangat kecewa apabila i-Sinar hanya boleh dimohon pada akhir Disember ini sedangkan rakyat hendak menggunakan wang itu sekarang. 


SUMBER : MALAYSIA GAZETTE

No comments:

Post a Comment