Cara Semakan Status & Jadual Pembayaran i-Sinar KWSP Yang Perlu Anda Ketahui



Untuk makluman, bagi para pencarum serta ahli KWSP yang telah melakukan permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP 10K, anda boleh melakukan semakan permohonan yang telah anda lakukan bermula Isnin, 4 Januari 2021.


Melalui semakan tersebut nanti, anda bakal mengetahui keputusan permohonan yang telah anda lakukan sama ada LULUS ataupun GAGAL


Perkara ini sangat penting untuk memastikan permohonan yang telah anda lakukan BERJAYA dan anda hanya perlu menunggu duit i-Sinar masuk secara terus ke dalam akaun bank yang telah anda pilih semasa melakukan permohonan.


Namun, jika permohonan yang anda lakukan TIDAK BERJAYA, anda boleh melakukan permohonan baharu kerana tempoh untuk melakukan permohonan pengeluaran wang KWSP i-Sinar adalah selama 6 bulan.


Para pencarum serta ahli boleh melakukan semakan status permohonan dengan kaedah seperti di bawah ini:


SEMAKAN STATUS PERMOHONAN (MENGGUNAKAN i-AKAUN)


Untuk pengetahuan anda, cara semakan ini adalah sesuai untuk pemohon yang membuat pengeluaran i-Sinar melalui i-Akaun KWSP. 

  1. Sila pastikan bahawa anda telah mempunyai i-Akaun untuk Log Masuk menggunakan ID dan Password.
  2. Sila lihat di bahagian 'Withrawal', anda boleh mengetahui sama ada pengeluaran i-Sinar telah dikreditkan pada 'payment date'

SEMAKAN MENGGUNAKAN PORTAL i-SINAR KWSP

Untuk pengetahuan anda, cara semakan ini adalah sesuai bagi pemohon yang menggunakan portal i-Sinar. Bagi anda yang menggunakan sistem i-Sinar Online pula, anda boleh melakukan semakan di portal tersebut dan akan dipaparkan status permohonan ahli.

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR

Berikut adalah merupakan cara untuk melakuka semakan status permohonan pengeluaran i-Sinar:
  1. Layari Portal Rasmi i-Sinar - DI SINI
  2. Masukkan nombor kad pengenalan ahli/pencarum
  3. Tekan butang SEMAK STATUS
  4. Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada LULUS ataupun GAGAL

SEMAKAN MELALUI SMS

Bagi mereka yang permohonannya diluluskan, mereka akan dimaklumkan melalui SMS oleh pihak KWSP.

JADUAL PEMBAYARAN i-SINAR KWSP

Untuk makluman anda, setakat ini pihak KWSP belum lagi mengeluarkan sebarang jadual rasmi berkaitan dengan pembayaran i-Sinar KWSP.

Namun, berdasarkan daripada maklumat yang dimaklumkan pihak KWSP, bayaran bulan pertama untuk Kategori 1 adalah bermula pada bulan Januari 2021.

Manakala, bayaran bulan pertama bagi kategori 2 pula dijangka bermula pada bulan Februari 2021.

Jika anda melakukan pemerhatian semasa melakukan permohonan, terdapat penetapan jumlah bayaran bagi bulan kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam.

Namun belum dimaklumkan tarikh pembayaran bulanan, hal ini kerana bayaran berdasarkan pada jenis bank ahli yang telah didaftarkan juga kerana ada bank yang cepat melakukan pembayaran dan ada yang lambat. Ianya bergantung kepada jenis bank yang telah anda daftarkan semasa melakukan permohonan.

Post a Comment

0 Comments