Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 ~ Terima RM100 Sehari



Untuk makluman, Bantuan Khas Covid-19 ini adalah merupakan inisiatif daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang mana bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat dan masnyarakat yang terjejas akibat daripada penularan wabak pandemik ini. 


Tarikh tutup untuk melakukan permohonan Bantuan Khas Covid-19 ini adalah pada 31 Disember 2020. Hanya permohonan yang lengkap diterima oleh pihak NADMA sahaja selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020 yang bakal dipertimbangkan untuk diberikan bantuan ini.


Berikut adalah merupakan cara melakukan permohonan dan syarat lengkap yang harus dipatuhi sebelum melakukan permohonan bantuan ini. Sila ikuti segala perkongsian yang telah disediakan oleh pasukan Salam Kerjaya di bawah ini.


SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi melakukan permohonan Bantuan Khas Covid-19 (NADMA):

  1. Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran Covid-19. (Tarikh rawatan di wad haruslah tidak melebihi 31 Disember 2020)

CARA MEMOHON

Berikut adalah merupakan cara melakukan permohonan Bantuan Khas Covid-19 (NADMA):

1. Sila muat turun segala borang dan dokumen yang diperlukan di http://www.nadma.gov.my/ms/ atau klik pada link yang telah disediakan di bawah ini. 
  • Garis Panduan - klik DI SINI
  • Borang Permohonan Bantuan Covid-19 (Lampiran A) - klik DI SINI
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B) - klik DI SINI
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) **jika tiada akaun bank - klik DI SINI

2. Setelah lengkap, permohonan tersebut perlulah dihantar melalui POS kepada pihak NADMA di alamat seperti berikut:

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri 
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretaria KWABBN) 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
2. Salinan Kad Pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):

    - Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian 
  • Salinan borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM dan
  • Salinan borang Pelepasan dari menjalani Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 343) 
    - Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)
  •  Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19
4. Borang akaun kehilangan pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun. **(Salinan Diakui Sah)

**Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang diberikan ialah RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan lagi kepada kes yang berulang.

Untuk melakukan semakan permohonan, anda boleh klik DI SINI


P/S : Sila kongsikan artikel ini kepada rakan dan ahli keluarga anda yang memerlukan. Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments