Cara Membuat Semakan Baki Akaun-1 KWSP Untuk Pengeluaran i-Sinar ~ Rujuk Di Sini



Adakah anda telah memasang niat untuk melakukan permohonan pengeluaran daripada Akaun-1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibuka nanti? Jika anda berniat untuk melakukan pengeluaran, adalah sebaiknya untuk anda ketahui terlebih dahulu bagaimana cara untuk melakukan semakan baki Akaun-1 KWSP anda sekarang.


Untuk pengetahuan anda, sebagai seorang ahli KWSP yang berdaftar anda seharusnya mempunyai i-Akaun untuk mempermudahkan segala urusan anda kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di dalam i-Akaun ini antaranya ialah anda boleh untuk membuat semakan baki yang terdapat di dalam AKaun-1 KWSP anda untuk permohonan pengeluaran i-Sinar nanti.


Kami daripada pasukan Salam Kerjaya akan berkongsikan kepada anda tentang cara untuk mengetahui bagaimana cara mendaftar i-Akaun KWSP dan buat semakan baki Akaun-1 KWSP secara online untuk pengeluaran i-Sinar.


APA KEMUDAHAN i-AKAUN?

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kemudahan yang boleh kita perolehi melalui i-Akaun ini. Antara kemudahan yang terdapat dalam i-Akaun ini ialah:

  • Menggunakan perkhidmatan e-Pengeluaran.
  • Menyemak penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya.
  • Menyemak baki Akaun-1 KWSP untuk pengeluaran i-Sinar.
  • Menyemak status permohonan pengeluaran.
  • Menyemak segala sejarah pengeluaran.
  • Menyemak status penamaan.
  • Mengira anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan.
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat.
  • Menyemak rekod transaksi caruman KWSP selama tempoh dua tahun.
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun.


 CARA DAFTAR i-AKAUN

Sebelum anda melakukan semakan baki Akaun-1 KWSP, sila pastikan bahawa anda telah melakukan pendaftaran i-Akaun terlebih dahulu.


Untuk melakukan pendaftaran, anda boleh pergi ke mana-mana kiosk dan kaunter KWSP yang berhampiran dengan kawasan anda untuk mendapatak kod pengaktifan dengan menggunakan MyKad anda. 


1. Setelah selesai melakukan pendaftaran di kiosk atau kaunter KWSP, anda akan menerima kata laluan melalui SMS untuk tujuan pengaktifan i-Akaun. 



2. Setelah itu, layari laman web KWSP dan klik pada Login ke i-Akaun (Ahli)

3. Klik Pengaktifan i-Akaun untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan kod pengaktifan tersebut dalam tempoh masa 30 hari.

4. Sila masukkan ID / No Ahli yang diterima daripada Kiosk atau Kaunter KWSP / Melalui SMS. Klik Teruskan.

5. Masukkan kata laluan yang diterima sekali dengan ID di Kiosk atau Kaunter KWSP / Melalui SMS. Klik Log Masuk.

6. Sila baca segala terma dan syarat yang telah dipaparkan. Tandakan pada kotak pengesahan dan klik Seterusnya.

7. Sila cipta ID pengguna yang baru di ruangan ID Pengguna.

8. Sila cipta kata laluan yang baru dengan gabungan alphanumeric 8-20 digit dan masukkan semula kata laluan yang baru untuk lakukan pengesahan.

9. Sila pilih imej online anda.

10. Sila isi frasa rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik pada perkataan Seterusnya.

11. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan dan ahli boleh terus login ke i-Akaun.


Bila anda sudah mempunyai i-Akaun, kini anda boleh melakukan semakan baki Akaun-1 KWSP anda untuk pengeluaran i-Sinar nanti.


SEMAKAN BAKI AKAUN-1 KWSP

Setelah anda selesai melakukan pendaftaran i-Akaun, kini anda boleh sudah untuk melakukan semakan baki Akaun-1 KWSP anda hanya melalui online sahaja untuk tujuan pengeluaran i-Sinar. Di bawah ini adalah merupakan langkah-langkah untuk melakukan semakan baki Akaun-1 KWSP. 


1. Sila Log Masuk ke i-Akaun di laman https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login


2. Selepas login dengan kata laluan baru, anda boleh terus melakukan semakan pada penyata anda. 

3. Untuk membuat semakan baki Akaun-1 KWSP, sila terus klik pada pautan 'Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya'

4. Baki simpanan Akaun-1 dan Akaun-2 KWSP anda akan dipaparkan.

5. Anda boleh cetak sekiranya dirasakan perlu.


BILA TARIKH PERMOHONAN i-SINAR KWSP

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa pengeluaran i-Sinar adalah diperluas kepada semua ahli KWSP yang mana melibatkan seramai 8 juta ahli. 

Permohonan untuk i-Sinar boleh dibuat mulai pertengahan bulan Disember 2020. 

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua untuk melakukan semakan baki Akaun-1 KWSP untuk pengeluaran i-Sinar. Dengan kemudahayan yang telah disediakan, banyak urusan dapat menjimatkan masa kerana anda tidak perlu lagi pergi ke kaunter KWSP untuk urusan yang remeh. 

Sila kongsikan artikel ini jika anda rasa ianya boleh memberikan manfaat kepada lebih ramai orang. Terima Kasih! 

Post a Comment

0 Comments