TERKINI : Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 Untuk Golongan B40 Dibuka - Salam Kerjaya!

Breaking

Monday, November 16, 2020

TERKINI : Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 Untuk Golongan B40 Dibuka



Adakah anda mempunyai tanah dan ingin membuat rumah? Ini berita baik buat anda yang ingin memiliki rumah idaman anda sendiri. Untuk makluman anda, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mempelawa anda yang berkelayakan untuk memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi tahun 2020. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi SPNB.


Untuk pengetahuan anda, Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini diwujudkan adalah bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang belum mempunyai rumah sendiri ataupun tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.


Berikut dikongsikan tentang segala maklumat yang berkaitan tentang Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) termasuklah syarat kelayakan, ciri perumahan dan cara melakukan permohonan.


SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

Antara syarat-syarat kelayakan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan keatas

3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000

4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / memiliki rumah usang / tidak sempurna

5. Tanah / tapak yang bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah kebenaran terlebih dahulu daripada pemilik tanah tersebut.

6. keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)

7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan


CIRI PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)



CARA MEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

1. Pendaftaran boleh dilakukan secara online menerusi laman web rasmi SPNB https://rmr.spnbonline.com.my/ 

2. Klik pendaftaran baru.

3. Isi borang pendaftaran login dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID. 

4. Satu email / SMS yang mengandungi butiran login ID dan kata laluan akan dihantar kepada email / nombor telefon yang telah didaftarkan oleh pemohon.

5. Gunakan login ID dan kata laluan yang diberikan dan borang pra-pendaftaran akan dimuat turun.

6. Isi maklumat ke dalam sistem oleh pemohon.

7. Klik selesai pendaftaran dan cetak borang.

8. Memajukan borang berserta dokumen asal yang diperlukan kepada SPNB.


BORANG PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)



Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh dapatkan maklumat di cawangan SPNB berhampiran atau layari https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/

No comments:

Post a Comment