[TERKINI] : KWSP Memperkenalkan i-Sinar Untuk Pengeluaran RM500 Daripada Akaun-1



Seperti yang kita semua sedia maklum, pada pembentangan Belanjawan 2021 yang baru-baru ini diadakan telahpun memberikan kelulusan kepada para pencarum KWSP bagi mengeluarkan sejumlah wang simpanan mereka daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Untuk pengetahuan anda semua, pengeluaran yang dibenarkan hanyalah maksimum sebanyak RM500 sebulan dan pengeluaran boleh dilakukan dalam tempoh 12 bulan.


Panduan untuk melakukan permohonan pengeluaran belum ada lagi setakat ini.


TUJUAN i-SINAR DIPERKENALKAN

Tujuan i-Sinar diperkenalkan ini adalah untuk memberi kemudahan kepada para pencarum yang layak untuk melakukan pengeluaran wang simpanan mereka.


Untuk pengetahuan anda, anda tidak perlu lagi untuk membuka i-Akaun sekiranya anda telah mempunyai i-Sinar. Anda boleh terus melakukannya dengan melayari laman web yang bakal disediakan oleh pihak KWSP kelak.


Segala penjelasan berkenaan dengan i-Sinar ini akan diumumkan pada hari Rabu nanti. 


SOALAN LAZIM

Bilakah boleh membuat semakan?

Semakan boleh dilakukan seawal 2 hari selepas anda melakukan permohonan.


Sehingga bila tempoh pengeluaran Akaun 1?

Bermula pada Januari 2021 sehingga Disember 2021.


Bagaimanakah cara untuk melakukan akaun i-Sinar?

Portal rasmi i-Sinar bakal dilancarkan dalam masa terdekat beserta dengan panduan pendaftaran.

Post a Comment

1 Comments

  1. Nak buat apa dgn duit bayaran berkala? Apa kesalahan KWSP dgn pencarum jika pencarum sendiri yg berkendakan pay out habis simpanan sendiri? Mustahak sekali pencarum kena akuan bersumpah tak akan tuntut lebih lagi selepas dimaklumkan ttang kesan mengeluarkan kesemua wang caruman sendiri di kemudian hari...itu saja!!

    ReplyDelete