[TERKINI] : Cara Daftar i-Saraan KWSP Untuk Yang Bekerja Sendiri / Suri Rumah ~ Terima Insentif RM250 Setahun



Berita baik buat anda semua, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada menyediakan inisiatif bagi mereka yang bekerja sendiri sama ada dalam sektor gig, suri rumah dan sebagainya. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk menyediakan platform kepada anda untuk turut sama-sama mencarum dan melakukan simpanan kewangan melalui KWSP. Peruntukan geran ini adalah berjumlah sebanyak RM50 juta yang mana telah dilancarkan melalui Pelan Pemulihan Ekonomi bagi program i-Saraan ini.


Untuk pengetahuan anda, i-Saraan adalah merupakan sebuah program caruman sukarela KWSP dengan insentif bagi rakyat Malaysia yang bekerja sendiri ataupun suri rumah. Seterusnya, setiap pencarum juga turut berpeluang untuk menerima insentif khas daripada kerajaan sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setiap tahun kepada ahli berdaftar di bawah usia 55 tahun dalam program i-Saraan ini.


SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Bekerja Sendiri
  • Berdaftar Sebagai Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Melakukan pilihan i-Saraan 'Menghantar borang KWSP 16G (M)' 

CONTOH PEKERJAAN MANDIRI 
  • Petani / Nelayan / Pemandu Teksi
  • Pengasuh Bayi dan Kanak-Kanak
  • Peniaga Kecil / Penjaja
  • Ejen Menerima Komisen (Insuran, Hartanah)
  • Freelancer (Emcee, Pelakon, Penyanyi, Jurulatih, Designer)
  • Perniagaan Dalam Talian
  • Pemilik Perniagaan (Pemilikan Tunggal / Rakan Kongsi)
  • Peguam / Akauntan / Doktor
  • Suri Rumah
  • Pekerja Berpencen

CARA MENDAFTAR I-SARAAN KWSP
  • Pastikan bahawa anda telah mendaftar sebagai ahli KWSP
  • Download dan lengkapkan borang i-Saraan KWSP DI SINI
  • Untuk ke kaunter KWSP, anda perlu malakukan temujanji terlebih dahulu. Boleh lakukan temujanji dengan KWSP  DI SINI
  • Sila datang ke pejabat KWSP mengikut masa dan tarikh seperti yang telah ditetapkan.
  • Sila bawa kad pengenalan anda berserta borang i-Saraan KWSP.
  • Ambil nombor giliran dan tunggu.

KELEBIHAN I-SARAAN KWSP



  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja secara sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap.
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda juga boleh melakukan pengeluaran. 
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang dari 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan kematian RM2,500.

CARA BAYARAN CARUMAN I-SARAAN KWSP
  • Melalui perbankan internet
  • Kaunter ejen bank (BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank)
  • Kaunter KWSP


Post a Comment

0 Comments