[TERKINI] : Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak Desak CEO KWSP Letak Jawatan - Salam Kerjaya!

Breaking

Thursday, November 19, 2020

[TERKINI] : Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak Desak CEO KWSP Letak Jawatan



Kuala Lumpur : Datuk Seri Najib Razak yang merupakan bekas Perdana Menteri kita telah mengulangi pendiriannya bahawa beliau akan tetap berjuang bagi memastikan tuntutan rakyat untuk menggunakan simpanan daripada Akaun-1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada saat genting ini akan dipenuhi oleh pihak kerajaan.


Menurutnya, tuntutan yang dinyatakan sejak awal itu tidak akan menjejaskan KWSP dan beliau sangat yakin bahawa Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sangat memahami akan keadaan tersebut.


"Saya tak puas hati tapi saya nak berikan masa lagi kepada kerajaan dan menteri kewangan untuk lihat perkara ini. Saya rasa menteri kewangan sangat faham akan tuntutan daripada rakyat tapi pengurusan KWSP ini masih agak mempertahankan kedudukannya.


"Perkara ini adalah tuntutan rakyat. Kalau saya menteri kewangan, saya akan bagi kata dua. keluarkan arahan, kalau tak buat dia kena berhenti ataupun letak jawatan," katanya pada Program Sinar Live yang bertajuk 'Apa Kisah Belanjawan 2021' bersama moderator iaitu Haslina AR Kamaludin yang berlangsung di Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.


Datuk Seri Najib Razak turut menegaskan bahawa pihak KWSP juga tidak wajar melihat tuntutan tersebut sebagai satu beban yang akan menjejaskan pelaburan KWSP kerana ianya bukanlah soal yang utama.


Menurutnya lagi, soal KWSP sudah tidak mempunyai duit seperti mana yang dipersoalkan rakyat juga tidak sepatutnya wujud.


"Modal aset KWSP mencecah RM940 billion di mana 50 peratus daripadanya dalam bentuk bon. Apa yang saya andaikan jika laksanakan cadangan ini mungkin hanya akan melibatkan peruntukan sehingga RM40 bilion.


"Ini boleh dilakukan bukan bermaksud KWSP perlu menjual saham tetapi bon misalnya, Bank Negara boleh beli bon KWSP. Boleh simpan, boleh jual balik atau jual kepada pihak ketiga dan lain-lain.


"Jadi ada kaedahnya dan ini tidak menjejaskan kepentingan KWSP," katanya.


Sementara itu, Datuk Seri Najib menyifatkan bahawa Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 bilion dirangka dengan keadaan yang rumit dan mencabar yang mana antaranya ialah disebabkan oleh kegagalan pihak kerajaan menggunakan rezab Petronas.


"Sepatutnya ada tambahan berjumlah RM54 bilion lagi duit daripada Petronas boleh digunakan pada waktu seperti sekarang ini namun telah digunakan dengan lebih awal. Hutang negara meningkat mendadak ketika kerajaan PH sebanyak RM140 bilion dalam masa hanya 22 bulan sahaja. 


"Ini memberikan kekangan kepada menteri kewangan untuk keluarkan bajet dalam keadaan yang cukup mencabar," katanya.

No comments:

Post a Comment