RASMI : Mohon Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 Berjumlah RM500 Untuk Setiap Orang - Salam Kerjaya!

Breaking

Monday, November 16, 2020

RASMI : Mohon Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 Berjumlah RM500 Untuk Setiap Orang



Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang prihatin dengan golongan yang terjejas ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah memberi peruntukan sebanyak RM9.5 juta bagi tujuan bantuan zakat kecemasan.


Bantuan khas Covid-19 ini adalah merupakan salah satu usaha daripada pihak MAIWP bagi tujuan membantu meringankan beban orang awam susulan PKP akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 ini.


Di bawah ini adalah maklumat lanjut Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP. 


OBJEKTIF BANTUAN

Antara objektif bantuan ini adalah untuk:

1. Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan demi membendung penularan wabak pandemik Covid-19.

2. Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja / peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik. 


PEMOHON YANG LAYAK

Mereka yang layak dan boleh memohon adalah:

1. Pemandu teksi / e-hailing

2. Pengawal kecemasan

3. Peniaga-peniaga kecil

4. Hilang pekerjaan akibat Covid-19

5. Lain-lain golongan yang terkesan akibat Covid-19


Dua syarat utama yang melayakkan pemohon menerima bantuan  adalah: 

1. Pemohon tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

2. Pemohon bukan merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.


KADAR BANTUAN

Bagi mereka yang layak, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM500 dan akan disalurkan sebelum 31 Disember 2020.


CARA MEMOHON

Pihak MAIWP telah membuka permohonan Bantuan Zakat Kecemasan secara dalam talian mulai 16 November 2020 sehingga 27 November 2020. Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan, sila mohon sekarang di pautan berikut:


Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP


Bagi individu yang belum pernah memohon zakat MAIWP melalui laman permohonan tersebut, anda perlulah melakukan pendaftaran sebagai pengguna baharu terlebih dahulu. Anda perlu mengisi dan melengkapkan segala maklumat diri anda dan memuatnaik segala dokumen yang diperlukan.


Sumber : BeritaHarian

3 comments:

  1. The below appears prefer most likely awesome. Almost all these limited ideas are created with the use of range of facial foundation comprehension. I like these products somewhat.Help Orphan

    ReplyDelete
  2. The design surely marvelous. Every one of those modest material are actually fashioned utilising wide range of the past past experiences. I'd like the lot tremendously.Help Orphan

    ReplyDelete