[RASMI] : Cara Memohon Lanjutan Moratorium Untuk Golongan B40, M40 Dan T20



Berita baik buat anda semua jika anda mempunyai tanggungan bulanan seperti rumah dan kereta. Tengku Zafrul yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia mengingatkan kelulusan bagi moratorium ke atas pembayaran pinjaman bank diberi secara automatik kepada golongan B40 dan para peniaga kecil, namun mereka perlu memohonnya.


Join Telegram Rasmi: http://t.me/mohonkerjaya 


"Golongan B40 dapat lanjutan moratorium secara automatik. Golongan peniaga kecil akan dapat lanjutan secara automatik," katanya ketika sesi pergulungan perbahasan Belanjawan 2021. 

Tambahnya lagi, morotarium juga turut tersedia untuk golongan M40 dan T20 yang boleh dimohon kepada bank masing-masing.

Beliau bagaimanapun meminta agar wakil rakyat merenung semula adakah adil jika golongan kaya yang mampu membayar hutang diberikan moratorium.

"Bukankah lebih baik jika mereka bayar hutang agar masuk sistem perbankan untuk menjana lebih banyak pinjaman khusus kepada perniagaan dan industri yang mencipta pekerjaan," katanya.

APA ITU LANJUTAN MORATORIUM

Untuk pengetahuan anda, moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda. Bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat, pihak kerajaan dan bank negara telah memperkenalkan moratorium Covid-19 pada 1 April 2020 selama tempoh 6 bulan, yang asalnya dijangka bakal berakhir pada 30 September 2020.

Selain itu, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan maklumat lanjut mengenai moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik kepada pihak bank bagi individu dan peminjam lain termasuk Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang turut terkesan akibat penularan wabak pandemik Covid-19.

PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM

Di bawah ini kami kongsikan dengan anda syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan lanjutan moratorium ini. 

1. Golongan B40
2. Golongan M40
3. Golongan T20

Maklumat tambahan:

Untuk makluman anda, lanjutan ini tidak akan menjejaskan laporan kredit CCRIS para peminjam.

CARA MELAKUKAN PERMOHONAN

Bagi mereka yang ingin membuat permohonan lanjutan moratorium dan fleksibiliti bayaran balik pinjaman, anda boleh ikuti cara-cara yang disediakan seperti di bawah.

Peminjam boleh mula menghubungi pihak bank atau AKPK bermula sekarang.
1. Hubungi pihak bank yang terlibat.
2. Melalui panggilan tersebut, para peminjam perlu memohon untuk melaksanakan moratorium secara bersasar atau fleksibiliti pembayaran balik.
3. Pihak bank akan menyatakan jadual dan terma pembayaran balik yang baharu.
4. Pihak peminjam perlu memahami dan jika rasa berpuas hati, pihak peminjam boleh menyatakan persetujuan.
5. Jika pelan yang ditawarkan tidak dipersetujui, terdapat dua langkah lain yang boleh dilakukan iaitu :
  • Peminjam boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan  Pengurusan Kredit (AKPK) 
  • Bagi PKS, para peminjam boleh memohon bantuan di bawah Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil.

NOMBOR TELEFON BANK

1. Bank Simpanan Nasional : 1-300-88-1900
2. Maybank : 1-300-88-6688
3. CIMB Bank : 03-62047788
4. Bank Islam : 03-26900900
5. Bank Rakyat : 1-300-80-5454
6. Bank Muamalat : 1-300-88-8787
7. Agro Bank : 1-300-88-2476
8. AmBank : 03-21788888
9. Affin Bank : 03-82302222
10. Hong Leong Bank : 03-76268899
11. Public Bank : 1-800-22-5555
12. RHB Bank : 03-9206 8118
13. HSBC Amanah : 1-300-88-2626
14. MBSB Bank : 03-20963000
15. Alliance Bank : 03-55169988
16. OCBC Bank : 03-83149310
17. Standard Chartered Bank : 1-300-88-8888
18. SME Bank : 03-26037700
19. Bank Pembangunan Malaysia Berhad : 03-26113888

Diharap penulisan artikel ini dapat membantu anda berkaitan dengan informasi lanjutan moratorium bersasar sehingga akhir tahun.

Post a Comment

0 Comments