[RASMI] : Cara Melakukan Pengeluaran RM10,000 KWSP Akaun-1 Tanpa Syarat - Salam Kerjaya!

Breaking

Wednesday, November 25, 2020

[RASMI] : Cara Melakukan Pengeluaran RM10,000 KWSP Akaun-1 Tanpa Syarat



Untuk pengetahuan anda semua, pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini diperluaskan kepada para pencarum yang mengalami penurunan pendapatan pada tahun ini. 


Tengku Zafrul Abdul Aziz yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia berkata, kini pencarum yang berdepan dengan pemotongan gaji atau tidak dapat mencari pendapatan tambahan melalui kerja lebih masa turut boleh melakukan permohonan.


PENGELUARAN RM10,000 KWSP, APA SYARATNYA?

Bagi mereka yang bukan lagi pencarum aktif ataupun bekerja di sektor tidak rasmi yang terkesan dengan wabak pandemik ini turut dibolehkan untuk melakukan pengeluaran.


Pencarum yang sebelum ini boleh membuat pengeluaran sehingga RM9,000 pula turut dibenarkan untuk melakukan pengeluaran sehingga RM10,000.


"Tunjuk saja bukti (anda) hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT (kerja lebih masa), atau pengurangan pendapatan bagi mereka yang bekerja sendiri," kata Tengku Zafrul melalui sidang Dewan Rakyat pada hari ini.


Pengunguman tersebut telah disambut baik dengan bunyi ketukan meja daripada sejumlah ahli Parlimen yang mana turut menyokong kenyataan dan keputusan tersebut. 


Terdahulu, pencarum yang layak melakukan permohonan tersebut menerusi program i-Sinar, adalah mereka yang telah kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji, atau tidak mempunyai sumber pendapatan.


Walaubagaimanapun, beberapa pihak termasuk Umno telah mendesak pihak kerajaan agar meluaskan pengeluaran akaun 1 kepada semua para pencarum.


Berkenaan dengan moratorium pinjaman bank pula, pihak kerajaan mengekalkan keputusan sebelum ini dan tidak menuruti desakan agar lanjutan moratorium diberikan secara automatik kepada semua peminjam.


Pada masa ini, lanjutan moratorium adalah untuk mereka yang pendapatan atau pekerjaannya terjejas akibat penularan wabak pandemik ini.


Berita lanjut bakal menyusul..

3 comments:

  1. 10k tu di keluarkan sekali ke,atau berperingkat peringkat?

    ReplyDelete
  2. Nak ambik mcm mn? Kena pi KWSP atau isi online

    ReplyDelete
  3. Mcm mne nk mohon sinar prgi kwsp atau isi online

    ReplyDelete