Semakan Online
Najib & BN Akan Mengambil Tindakan Lanjut Jika Moratorium Dan KWSP Tidak Tertunai

PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM & KWSP
Kementerian Kewangan telah memberikan jaminan untuk memberikan kelulusan secara automatik bagi sebarang permohonan lanjutan moratorium dari golongan B40, M40 dan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (SME).
Selain itu, bagi golongan B40 pula kelulusan akan diberikan secara automatik dalam masa kurang 24 jam. Manakala bagi golongan M40 pula, mereka hanya perlu melakukan pengakuan diri sahaja dan tidak perlu menghantar dokumen. Kelulusan akan diberi secara automatik antara 1 hingga ke 5 hari.
Menurut Dato Seri Najib Razak yang juga merupakan ahli parlimen Pekan, mengambil kira penambahbaikan dan komitmen kelulusan secara automatik ini serta kelulusan pengeluaran KWSP 10K maka pihak Barisan Nasional (BN) telah bersetuju agar bajet diluluskan dengan kadar yang segera untuk mengelak ketidakstabilan politik negara menjadi semakin teruk pada masa krisis wabak pandemik Covid-19 ini.
PERLAKSANAAN JANJI KWSP & MORATORIUM DIPANTAU
Menurut Dato Seri Najib lagi, sama ada bagi komitmen kelulusan automatik moratorium atau pengeluaran KWSP, pemuda UMNO telah berjanji bahawa mereka akan melakukan pemantauan daripada segi pelaksanaannya pula nanti.
"Mohon semua berhubung dengan para pimpinan UMNO dan BN di cawangan masing-masing sekiranya anda masih dipersulitkan dengan pelbagai syarat yang tidak munasabah, jika komitmen serta janji kerajaan PN ini tidak tertunai maka BN akan mengambil tindakan lanjut."

Post a Comment
0 Comments