KWSP RM10,000 i-Sinar : Contoh Dokumen Sokongan Bukti Pendapatan Terjejas




Kerajaan melalui Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa Program i-Sinar RM10,000 kini telah diperluaskan kepada sekitar lapan juta ahli yang mengahadapi masalah kewangan semasa mendepani penularan wabak pandemik Covid-19 ini. 

Tengku Zafrul berkata, sekitar lapan juta pencarum KWSP layak untuk melakukan permohonan pengeluaran i-Sinar berbanding hanya dengan 600 ribu ahli sebelum ini. 

"Saya mendengar kesusahan rakyat di media sosial termasuk segala tuntutan Ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan Program i-Sinar diperluaskan kepada ahli terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan ataupun terkurang pendapatan. Mereka layak untuk memohon pengeluaran tanpa mengira sektor. "

CONTOH DOKUMEN SOKONGAN 

Pada artikel kali ini, pasukan Salam Kerjaya akan berkongsikan kepada anda semua contoh dokumen sokongan bukti pendapatan bagi ahli yang terjejas. 

NOTIS BERHENTI KERJA AHLI KWSP 

Sila lampirkan notis diberhentikan kerja daripada majikan lama ahli bagi membuktikan bahawa pendapatan ahli benar-benar terjejas. 

NOTIS CUTI TANPA GAJI AHLI KWSP

Sila lampirkan notis tanpa gaji daripada majikan ahli bagi membuktikan bahawa pendapatan ahli benar-benar terjejas. 




NOTIS POTONGAN GAJI AHLI KWSP

Sila lampirkan notis potongan gaji daripada majikan ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas.

NOTIS POTONGAN ELAUN AHLI KWSP

Sila lampirkan notis potongan elaun daripada majikan ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas.

NOTIS POTONGAN OT (ELAUN KERJA LEBIH MASA) AHLI KWSP

Sila lampirkan notis tiada OT atau Kerja Lebih Masa daripada majikan ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas.

PENYATA AKAUN PERNIAGAAN / LAPORAN PENDAPATAN BULANAN (Bagi Mereka Yang Bekerja Sendiri)

Anda diminta untuk melampirkan penyata akaun bank syarikat / akaun individu ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas.

SURAT AKAUN PENGESAHAN PENDAPATAN AHLI KWSP

Surat dokumen sokongan i-Sinar ini amat penting untuk disertakan bersama permohonan sebagai bukti bahawa pencarum benar-benar terjejas kewangan dan pendapatannya. Justeru itu, penyata akaun pengesahan pendapatan amatlah perlu bagi pencarum yang dibuang kerja dan mula bekerja sendiri kerana sudah tidak mempunyai slip atau penyata gaji. Selain itu juga, tidak semua pekerja tidak mempunyai slip gaji. Oleh itu, pemohon perlu juga untuk menyediakan surat akuan pengesahan pendapatan sebagai bukti. 

KENAPA PERLU DOKUMEN SOKONGAN I-SINAR

Dokumen sokongan seperti surat akaun pengesahan merupakan sebagai bukti bahawa para pemohon betul-betul terjejas dan memerlukan i-Sinar bagi tujuan menerukan kelangsungan hidup yang semakin mencabar akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 ini. 

Oleh yang demikian, para pemohon akan mengisi maklumat dalam surat pengesahan tersebut dengan menyatakan jumlah sebenar pendapatan mereka dan tidak berpeluang untuk menipu kerana surat tersebut perlu mendapatkan pengesahan daripada individu yang mengenali dan mengetahui jenis pekerjaan dan taraf hidup para pemohon.

SIAPA YANG LAYAK MELAKUKAN PENGESAHAN?

Antara individu yang layak untuk melakukan pengesahan surat akuan pendapatan adalah individu seperti berikut.
  • Ketua Penduduk
  • Ketua Kampung
  • Pesuruhjaya Sumpah

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika ada pertanyaan tentang i-Sinar, anda boleh terus hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ms/home untuk maklumat lanjut.

Post a Comment

0 Comments