Kadar Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin Dinaikkan Daripada RM150 Kepada RM200 - Salam Kerjaya!

Breaking

Saturday, November 14, 2020

Kadar Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin Dinaikkan Daripada RM150 Kepada RM200



Dalam pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bahawa kadar bantuan untuk golongan kanak-kanak keluarga miskin akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 setiap seorang anak dan maksimum RM1,000 sekeluarga.


KADAR BANTUAN YANG BARU DINAIKKAN

  • RM150 untuk seorang anak yang berumur 7 tahun hingga ke 18 tahun.
  • RM200 untuk seorang anak yang berumur 6 tahun kebawah.

Selain itu, Menteri Kewangan juga turut menaikkan kadar bantuan untuk golongan OKU yang tidak berupaya bekerja daripada RM250 kepada RM300.


Seterusnya, bantuan warga emas penjagaan OKU dan pesakit kronik terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.


Untuk kadar elaun bagi pekerja OKU pula dinaikkan dari RM400 kepada RM450. Katanya lagi, pihak kerajaan berharap agar melalui bantuan ini ianya akan dapat membantu meringankan beban kepada golongan OKU yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak pandemik Covid-19 ini.


Untuk mengetahui lebih banyak berita berkaitan permohonan bantuan serta syarat-syarat yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan anda bolehlah klik pada pautan di bawah ini. 


Sumber : SinarHarian

1 comment:

  1. Sepatutnya umur 7tahun hingga 18 yg 200 sbb byk blnja dperlukn.

    ReplyDelete