BPN 2.0 Masih Boleh Mohon Sehingga 15 November 2020 ~ Ini Info Lengkap Dan Cara Melakukan Permohonan Baru!



Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah merupakan satu inisiatif daripada pihak kerajaan di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin) bagi membantu golongan rakyat yang tekesan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 ini.

Bagi orang ramai yang bukan penerima BPN 2020 sebelum ini dan memenuhi segala syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah digalakkan untuk melakukan permohonan BPN 2.0 selewat-lewatnya pada 15 November ini.

Ikuti perkongsian di bawah ini untuk anda ketahui tentang maklumat lanjut permohonan BPN 2.0 dan pembayaran bagi permohonan baru yang telah diluluskan.

KADAR BANTUAN BPN 2.0

Untuk pengetahuan anda semua, kadar bayaran untuk BPN 2.0 akan diberikan mengikut kategori seperti berikut:

  • Isi Rumah B40 - RM1,000
  • Bujang B40 - RM500
  • Isi Rumah M40 - RM600
  • Bujang M40 - RM300
Semak segala maklumat permmohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 seperti di bawah.

PERMOHONAN BARU BPN 2.0

Sekiranya anda tidak pernah lagi melakukan permohonan atau tidak lulus permohonan BPN yang lepas, anda bolehlah melakukan permohonan BPN 2.0 yang baru selewat-lewatnya pada 15 November ini di pautan yang diberikan di bawah ini.

Permohonan BPN 2.0

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPN 2.0

Bagi penerima yang layak untuk menerima BPN 2.0, anda bolehlah melakukan semakan status permohonan di pautan berikut:

Semakan Statu Permohonan BPN 2.0

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik CARI. Selepas itu, status permohonan anda akan dipaparkan.

TARIKH BAYARAN BPN 2.0

Bagi tarikh bayaran BPN 2.0 pula, bayaran BPN 2.0 akan kepada para pemohon yang layak akan dilakukan secara ansuran sebanyak 2 kali.

  • Bayaran Pertama : Hujung Bulan Oktober 2020
  • Bayaran Kedua : Januari 2021
Bayaran pertama akan diadakan pada hujung bulan oktober 2020 bagi para pemohon yang layak telah diagihkan. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa pembayaran bagi permohonan baru yang telah lulus akan dilakukan secara sekaligus pada Januari 2021. 

Bantu kongsikan berita ini agar lebih ramai orang boleh medapatkan manfaat daripada bantuan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan ini. Semoga bermanfaat untuk semua!


Post a Comment

0 Comments