BELANJAWAN 2021 : Skim Rent To Own Bantu Golongan Berpendapatan Rendah Miliki Rumah Pertama - Salam Kerjaya!

Breaking

Friday, November 13, 2020

BELANJAWAN 2021 : Skim Rent To Own Bantu Golongan Berpendapatan Rendah Miliki Rumah Pertama


Baru-baru ini pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sangat mengalu-alukan cadangan daripada pihak kerajaan untuk memperkenalkan semula sistem Rent To Own ataupun sewa untuk milik (RTO) menerusi satu pengunguman dalam pembentangan Belanjawan 2021 yang diadakan pada bebrapa hari yang lalu.

Menurut Menteri KPKT lagi, skim tersebut telah diilhamkan oleh KPKT sejak daripada tahun 2018 lagi bagi tujuan membantu golongan rakyat Malaysia yang berpendapatan pertengahan untuk memiliki rumah sendiri yang mampu milik.

Sila klik di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Skim RTO ini.

SKIM RENT TO OWN 

Selain itu, pihak kerajaan juga bakal melakukan kerjasama dengan institusi kewangan yang terpilih bagi menyediakan Skim Rent To Own (RTO) ini yang akan dilaksanakan nanti. Pelaksanaan Skim Rent To Own (RTO) ini dijangka bakal dimulakan bermula pada tahun 2021 sehingga 2022.

MELIBATKAN 5,000 RUMAH PR1MA

Skim ini juga membabitkan 5,000 buah rumah PR1MA dengan nilai keseluruhan mencecah sehingga lebih RM1 bilion dan dikhaskan kepada mereka yang ingin membeli rumah pertama sahaja. Skim ini meliputi:

  • RM500 juta untuk membina sehingga 14,000 buah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).
  • RM315 juta untuk membina 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad.
  • RM125 juta bagi tujuan penyelenggaraan perumahan berstrata kos rendah dan sederhana rendah serta bantuan membaik pulih rumah usang dan yang mengalami kerosakan akibat daripada bencana alam.
  • RM310 juta untuk Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia.
PENYEDIAAN PENGECUALIAN DUTI SETEM

Pengecualian duit setem juga disediakan bagi tujuan memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk membeli rumah dengan kadar harga yang lebih rendah. Berikut adalah beberapa lagi inisiatif daripada pihak kerajaan:

  • Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik.
  • Perjanjian pinjaman bagi pembelian kediaman pertama yang bernilai sehingga RM500,000 
Pengecualian ini juga turut meliputi:

  • Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025.
  • Pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah yang terbengkalai dilanjutkan bagi tempoh 5 tahun lagi.
  • Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025 bagi projek perumahan terbengkalai yang disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Walaubagaimanapun, sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan untuk rumah Skim Rent To Own ini akan menyusul setelah ada pengunguman yang lebih lanjut. Pihak KPKT akan mengumumkan segala butiran lanjut mengenai Skim RTO ini selepas mengadakan perbincangan dengan institusi kewangan yang berkaitan.

Sekiranya anda ingin memiliki rumah sendiri dengan kos yang rendah, inilah masa yang sangat sesuai untuk anda dan keluarga merancang dan mempunyai rumah sendiri bermula tahun hadapan.

Baca juga artikel lain mengenai bantuan perumahan dan daripada pihak kerajaan di bawah ini.


3 comments:

  1. Aku yg bpn 0.1 rm500 jak yang kedua rm200

    ReplyDelete
  2. Renting can be a tricky business whether you are renting out your home or renting a property for yourself. In both conditions, there are many issues to consider, and it is something that should be entered into after much thought. best room for rent

    ReplyDelete
  3. Rent collection can be tedious process if the tenants are experts in giving excuses for not paying rent on time. But, you being a landlord, you shouldn't give up hopes. From the very beginning make things clear to him and never sympathize with the tenant if he fails to pay the rent on time and comes up with excuses. rental rooms in Singapore

    ReplyDelete