BELANJAWAN 2021 : Cadangan Beri BSH Sebanyak RM250 Hingga RM300 Kepada Rakyat Yang Terjejas Selama Tempoh 6 Bulan - Salam Kerjaya!

Breaking

Wednesday, November 4, 2020

BELANJAWAN 2021 : Cadangan Beri BSH Sebanyak RM250 Hingga RM300 Kepada Rakyat Yang Terjejas Selama Tempoh 6 Bulan



Pihak kerajaan telah diberikan cadangan agar memberikan Bantuan Sara Hidup (BSH) setiap bulan kepada rakyat sebanyak RM250 hingga RM300 dalam tempoh masa selama enam bulan bagi membantu golongan rakyat yang memerlukan melalui pembentangan belanjawan 2021 yang bakal diadakan pada 06 November ini. 

BANTUAN UNTUK RAKYAT YANG TERJEJAS PUNCA PENDAPATAN

Exco Pemuda UMNO Malaysia iaitu Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata bantuan tersebut adalah sangat penting kerana ianya mampu untuk membantu sedikit sebanyak kepada mereka yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak pandemik Covid-19 ini.

"Selain itu, terdapat juga banyak keluhan yang kita dengari daripada rakyat dan golongan yang sangat memerlukan akibat terjejas pendapatan sehinggakan mereka sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk mereka mencari sumber pendapatan untuk membeli segala barangan keperluan harian kegunaan mereka dan keluarga," kata Muhamad Muqharabbin.

"Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan seharusnya mendengar segala keluhan dan rintihan daripada golongan rakyat yang sangat memerlukan bantuan di dalam keadaan genting seperti sekarang ini."

Pada masa yang sama juga, pihak kerajaan juga turut diminta untuk mempertimbangkan semula cadangan pengeluaran wang daripada akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

BANTUAN UNTUK PELAJAR IPT DAN GOLONGAN PENIAGA

Bagi mereka yang masih melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) pula, mereka juga boleh dibantu melalui pelaksanaan pengecualian bayaran yuran. 

Tambahnya lagi, bagi mereka golongan peniaga kecil dan sederhana juga seharusnya dibantu dengan memberikan sedikit suntikan dana berjumlah sebanyak RM3,000 bagi tujuan membantu mereka memulihkan perniagaan mereka yang terjejas melalui alternatif belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi.

PIHAK KERAJAAN HARUS LEBIH PRIHATIN

"Saya berharap agar pihak kerajaan benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat dan menjauhkan segala birokrasi dikala hampir semua rakyat merasa terbeban dengan tidak mempunyai sumber pendapatan akibat penularan wabak pandemik ini. Kita tidak mahu apabila rakyat sudah tertekan dan mereka terpaksa turun ke jalanan seperti mana yang dilakukan oleh negara jiran kita yang mana telah mencetuskan keadaan huru-hara kerana berasa sangat marah dengan pihak kerajaan," katanya.

Semoga semua rakyat yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak pandemik ini dipermudahkan segala urusan dan sama-sama kita berdoa agar wabak pandemik ini berakhir dengan kadar yang segera. Diharapkan kerajaan abah dapat mempertimbangkan cadangan ini agar membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan.


Sumber: BHarian Online

3 comments:

  1. Replies
    1. Penjejasan sumber pendapatan kbanyakan keluarga sbb wabak penyakit ni disebutkn dlm tahap adalah terlalu tinggi.Tanggunggan bayaran adalah tinggi ade yg terpaksa berhutang dari syarikat berlesen, along, saudara dari sumber lain walaupun wang kwsp duit sendiri ade pun xdpt digunaksn pada masa yg perlukan.Bagi pandangan saya, sepertimana perkara yg dlm bincangan pengeluaran wang kwsp secara one-off atau bulanan selama 5bulan amat diperlukn dan ia boleh digunakan walaupun tidak sepenuhnya selesaikn masalah kewangan keluarga sekurangnya boleh digunakan bgi keperluan yg amat penting diselesaikn.Harap sangat kerajaan akan luluskan cadangan ini secepat mungkin demi rakyat yg amat memerlukn.Walau diluluskan bukan 100% pencarum akan keluarkan hanya golongan yg perlukan sahaja yg akan keluarkn duit simpanan hak masing2. Harap kerajaan akan memahami status nyatakn ini. Terima kasih

      Delete
  2. Keperluan mendesak tiada pekerjaan tetap terjejas terus dengan mudibah covid 19

    ReplyDelete