[RASMI] : Senarai Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Agihan Hujung Oktober 2020 & Januari 2021 - Salam Kerjaya!

Breaking

Saturday, October 10, 2020

[RASMI] : Senarai Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Agihan Hujung Oktober 2020 & Januari 2021



Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan senarai terkini segala bantuan kerajaan akibat penularan wabak Covid-19. Di bawah ini adalah merupakan maklumat berkaitan pemberian dana tambahan melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0.


Kadar bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

  • RM1,000 untuk B40
  • RM500 untuk B40 Bujang
  • RM600 untuk M40
  • RM300 untuk M40 Bujang
Bayaran akan dijelaskan sebanyak dua kali iaitu pada penghujung Oktober dan bayaran seterusnya pula akan dijelaskan pada Januari 2021.

Bagi kategori penerima B40 pula, bantuan sebanyak RM700 akan diberikan pada Oktober dan bakinya pula sebanyak RM300 pula akan dijelaskan pada Januari 2021.


BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Setakat ini, tiada permohonan yang perlu dilakukan. Pihak kerajaan melalui kementeriannya akan menyalurkan segala bantuan secara terus kepada penerima yang telah lulus sebelum ini. Rayuan serta permohonan baru boleh dilakukan pada masa akan datang.


KEMASKINI MAKLUMAT & MOHON BPN 2.0

Platform untuk melakukan kemaskini masih lagi menggunakan portal rasmi iaitu https://bpn.hasil.gov.my/ maka tidak terdapat perbezaan dengan proses update seperti sebelum ini.


Secara amnya, berikut adalah beberpa perkara yang mungkin anda boleh kemaskini:


NOMBOR AKAUN BANK TERKINI

- Contoh : Jika dahulu anda menggunakan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menerima bayaran tapi akaun tersebut tidak lagi aktif atas sebab-sebab tertentu maka anda perlu gantikan kepada akaun baru yang aktif.


STATUS PERKAHWINAN TERKINI

- Contoh : Jika anda telah berkahwin, pastikan anda tidak lupa untuk melakukan kemaskini pada BPN 2.0 jika dalam sistem terdahulu masih lagi berstatus bujang. Jika anda telah bercerai, anda juga perlu melakukan kemaskini pada BPN 2.0 jika status asal masih lagi memaparkan berkahwin.


NOMBOR TELEFON TERKINI

- Contoh : Jika anda telah menukar nombor telefon, sila pastikan bahawa anda telah mengemaskini nombor telefon yang aktif dan terkini.


Sekiranya anda gagal dalam melakukan kemaskini BPN 2.0, kemungkinan terdapat beberapa maklumat yang anda tidak terima yang dihantar melalui SMS atau panggilan ke nombor lama tersebut.


MAKLUMAT BILANGAN ANAK TERKINI

- Contoh : Jika bilangan anak anda bertambah daripada 1 kepada 2 orang maka anda juga perlu melakukan kemaskini.


CARA MELAKUKAN KEMASKINI BPN 2.0 

1. Anda perlu melayari portal rasmi BPN iaitu di https://bpn.hasil.gov.my/

2. Tekan butang LOG MASUK pada bahagian MENU di sebelah kanan.

3. Masukkan ID Pengguna iaitu nombor kad pengenalan anda.

4. Tekan butang SEMAK

5. Anda telah dapat LOG MASUK ke dalam sistem BPN anda.

6. Klik butang papar borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan. Anda akan dapat lihat: 

  • Nama
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Status Permohonan
  • Jumlah Kesuluruhan BPN
  • Maklumat Pendapatan
  • Selepas papar borang, klik butang kemaskini
  • Sila semak dan lakukan kemaskini jika terdapat maklumat yang hendak diubah

No comments:

Post a Comment