Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Adakah Menjejaskan Rekod CCRIS Anda? - Baca ini - Salam Kerjaya!

Breaking

Saturday, April 4, 2020

Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Adakah Menjejaskan Rekod CCRIS Anda? - Baca ini




Seperti yang semua sedia maklum Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak PTPTN telah mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman sempena berlangsungnya wabak atau pandemik COVID-19 yang melanda negara kita.
Dalam usaha meringankan beban peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) susulan penularan wabak COVID-19, kerajaan mengambil langkah membenarkan penangguhan bayaran balik selama enam bulan.
Namun bagi peminjam yang ada tersangkut dengan rekod CCRIS, pasti anda keliru bagaimana rekod anda sepanjang penangguhan bayaran balik ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui status rekod CCRIS peminjam sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik.

BAGAIMANA DENGAN REKOD CCRIS SEPANJANG PENANGGUHAN BAYARAN BALIK?

Untuk makluman anda, rekod CCRIS peminjam adalah sama seperti sebelum penangguhan dilaksanakan kerana tempoh penangguhan dianggap tempoh moratorium. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam masih meneruskan pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.
Seperti yang kita tahu penstrukturan semula pinjaman akan dilakukan selepas penangguhan bayaran balik COVID-19. Namun penstrukturan semula pinjaman tidak akan memberi kesan kepada rekod peminjam di CCRIS selagi mana peminjam tidak mempunyai tunggakan terdahulu
Jadi peminjam yang memilih untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman tidak perlu bimbang kerana ia tidak akan menjejaskan rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) masing-masing.
Semoga perkongsian ini jelas menjawab persoalan peminjam yang mempunyai masalah ini.

No comments:

Post a Comment