Perincian Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ~ Senarai Bantuan Prihatin Kerajaan



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat.
Daripada jumlah itu, beliau berkata, sebanyak RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion memperkukuhkan ekonomi negara.
“Semua itu tambahan kepada RM20 bilion yang telah diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi sebelum ini,” katanya
  1. Elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan lain yang terlibat secara langsung dalam COVID-19. Dari RM400 ke RM600 dari 1 April. Elaun khas RM200 kepada Tentera, Polis, Rela, Imigresen, Kastam dan lain-lain yang terlibat dalam COVID-19
  2. Bantuan Prihatin Nasional – pemberian tunai RM1600 secara one off kepada B40. RM1200 kepada golongan M40. RM800 kepada individu bujang berpendapatan RM2000 ke bawah. RM500 kepada individu bujang yang berpendapatan lebih RM2000 sebulan.
  3. BSH akan di bayar pada bulan Julai
  4. Pelajar IPT akan terima RM200 secara one off
Dalam pada itu Pendana Menteri juga turut memperincikan setiap pakej ransangan ekonimi tersebut.Antaranya adalah seperti berikut :

RM500 untuk kakitangan, pesara kerajaan pada April


Kerajaan akan memberikan bantuan tunai RM500 secara ‘one-off’ kepada lebih 1.5 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk pekerja kontrak serta 850,000 pesara perkhidmatan awam.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan, kerajaan tidak lupa menjaga kebajikan semua penjawat awam, berkata bayaran itu akan dibuat pada April 2020.
“Bantuan RM500 secara ‘one-off’ juga akan diberikan kepada 850,000 pesara kerajaan,” 

Bantuan RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing

Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing sepenuh masa membabitkan peruntukan sebanyak RM60 juta.

Elaun tambahan RM200 sebulan kepada kakitangan perubatan, anggota barisan depan

Kerajaan menambah elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan yang terbabit dalam pengurusan COVID-19, daripada RM400 kepada RM600 sebulan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, elaun khas yang akan dibayar bermula 1 April itu, akan diberikan sehingga wabak berkenaan berakhir.
Kerajaan juga bersetuju membayar elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta RELA yang terbabit secara langsung melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Dana tambahan RM4.5 bilion untuk PKS

Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyediakan dana tambahan berjumlah RM4.5 bilion dengan lima inisiatif

Inisiatif pertama membabitkan tambahan dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion.
Selain itu, katanya kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75 peratus kepada 3.5 peratus.
Inisiatif kedua, kata Perdana Menteri adalah peningkatan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.
Inisiatif ketiga adalah penyediaan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah.
Inisiatif keempat pula menyaksikan PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada empat tahun boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.
Inisiatif kelima, katanya Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70 peratus kepada 80 peratus bagi PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.

RM2 bilion projek kecil infrastruktur

Kerajaan mengenal pasti beberapa projek kecil untuk dilaksanakan seperti menambah baik jalan, menaik taraf sekolah daif di Sabah dan Sarawak, selain membersihkan rumah ibadat serta balai polis.ia turut merangkumi usaha meningkatkan kemudahan pelancongan yang akan memanfaatkan kontraktor kelas G1 hingga G4.
“Bagi tujuan ini, peruntukan sebanyak RM2 bilion akan disediakan. Pada masa sama, projek kecil bernilai RM2 bilion yang diumumkan dalam pakej sebelum ini akan mula dilaksanakan pada April

Pakej khas internet percuma bernilai RM600 juta

Kerajaan mengumumkan pakej khas membabitkan pemberian internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi, bermula 1 April depan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pakej khas bernilai RM600 juta itu akan ditawarkan kepada pelanggan sehingga tempoh Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) berakhir.

Skim jaminan RM50 bilion biaya keperluan modal syarikat

Kerajaan akan menyediakan kemudahan skim jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80 peratus daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai keperluan modal.

Upah tambahan RM600 kepada pekerja gaji bawah RM4,000

Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Program Subsidi Upah itu dikhususkan kepada pekerja dengan gaji bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus, sejak 1 Januari lalu.
“Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan. Selain itu, majikan tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada pekerja.

Khidmat Rundingan Majikan bela nasib syarikat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April ini bagi membela nasib syarikat di negara ini.
Perkhidmatan itu merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.
Malah, beliau berkata kerajaan menjangkakan ia berupaya memberi penjimatan aliran tunai kepada mereka dengan nilai anggaran RM10 bilion.

Bayaran sewa PPR dikecualikan enam bulan

Kerajaan bersetuju memanjangkan pengecualian pembayaran sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada tempoh sebulan yang diumumkan sebelum ini kepada enam bulan.

“Pengecualian ini membabitkan 3,636 unit rumah PPR disewa atau transit bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bagi unit sewa pula, penangguhan bayaran bulanan diberikan selama enam bulan, berkuat kuasa April hingga September ini.

Peminjam PTPK boleh tangguh bayaran balik pinjaman

Kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mulai 1 April hingga 30 September 2020
kerajaan sebelum ini juga telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam selama enam bulan membabitkan kutipan sebanyak RM750 juta.

Sumber : BHOnline

Post a Comment

0 Comments