KWSP i-AKAUN : Informasi Tentang KWSP i-Akaun Serta Fungsi Aplikasi Tersebut





Sebagai pencarum KWSP, anda tentu Sudah sedia maklum tentang sistem i-Akaun yang diguna pakai secara meluas sama ada untuk pekerja mahu pun majikan.
i-Akaun membolehkan pencarum menyemak baki KWSP terkini Akaun 1 & 2.
Selain itu, melalui sistem semakan penyata KWSP tersebut juga, pencarum boleh memohon pengeluaran KWSP melalui e-Pengeluaran.

PENDAFTARAN I-AKAUN

Mana-mana pencarum yang mempunyai nombor KWSP layak mendaftar sistem i-Akaun.
Back mendaftar, pencarum boleh ke mana-mana kios KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah:
  1. Memohon e-Pengeluaran
  2. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  3. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Menyemak maklumat penamaan
  5. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun

SEMAKAN PENYATA KWSP ONLINE

Selepas akaun diaktifkan, anda boleh login ke sistem i-Akaun untuk membuat semakan penyata KWSP online.
Cara-caranya…
Layari laman web KWSP dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima untuk mengaktifkan i-Akaun anda dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran.
Isikan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima. Klik Login.
Selepas berjaya login, sila cipta kata laluan dan pilih imej online.
Kemudian jangan lupa untuk pilih Frasa Rahsia.
Untuk semak penyata KWSP, sila login semula ke sistem i-Akaun dan terus klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya

MEMOHON PENGELUARAN KWSP

Seperti dimaklumkan, selain menyemak penyata KWSP sistem i-Akaun juga memudahkan pencarum untuk memohon pengeluaran KWSP seperti untuk tujuan pendidikan atau mengerjakan haji.
Terdapat 17 jenis pengeluaran KWSP yang perlu anda tahu. Antaranya:
Pengeluaran sebahagian:
  1. Pengeluaran dari Akaun 2 ketika umur 50
  2. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak
  3. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah
  4. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membina rumah
  5. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  6. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman perumahan
  7. Menggunakan simpanan KWSP sedia ada dan masa depan untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman
  8. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah PR1MA
  9. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengerjakan ibadah Haji
  10. Pengeluaran dari Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan DAN/ATAU peralatan perubatan
  11. Pengeluaran simpanan yang berlebihan RM1 juta
Pengeluaran penuh:
  1. Pengeluaran dari Akaun 1 & 2 ketika umur 55
  2. Pengeluaran dari Akaun 55 dan Akaun Emas
  3. Ahli yang berkhidmat di Sektor Awam berstatus pekerja berpencen
  4. Hilang upaya secara fizikal atau mental
  5. Warganegara/Penduduk Tetap (PR) atau Bukan Warganegara
  6. Apabila ahli meninggal dunia
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000

Post a Comment

1 Comments