Tahukah anda terdapat 19 bank sedang menawarkan 'PAYMENT HOLIDAY' bagi ansuran loan rumah dan kereta sehingga tempoh 6 bulan bagi mengurangkan beban mereka yang terkesan dengan Covid-19. Dapatlah anda bernafas selama 6 bulan ini kan?
Anda boleh rujuk maklumat disediakan di bawah untuk mengentahui lebih lanjut. Lain bank, lain tawaran serta prosedur yang digunakan. Dengan tawaran ini, anda boleh memohon melalui atas talian (online) atau melalui panggilan telefon.
Mingguan Kerja akan kongsikan kepada anda info lanjut mengenai pembiayaan bank ini bagi rujukan anda.
Moratorium Pembiayaan Bank Sempena Wabak Covid -19
Apa itu moratium?
Moratium merupakan penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti mahupun denda.
Oleh itu, pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran peribadi, rumah, kenderaan atau lain – lain selama 6 bulan.
Bayaran ansuran akan bersambung selepas tempoh moratorium tamat.
Bank Yang Terlibat
Persatuan Bank dalam Malaysia telah mengumumkan ahli – ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia semasa menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan kerana wabak covid 19 ini.
Antara bank atau entiti pembiayaan yang telah rasmi membuat pengumuman menawarkan moratorium kepada pelanggan mereka samada individu ataupun syarikat kecil dan sederhana adalah :
Bank Rakyat
SME Bank
TEKUN
Bank Simpanan Nasional
Public Bank dan Public Islamic Bank
RHB Bank dan RHB Islamic Bank
Agro Bank
Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank
Maybank dan Maybank Islamic
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Siapakah Yang Layak Individu yang terkesan akibat COVID-19 (Cuti tanpa gaji, diberhentikan) Pemilik perniagaan yang terkesan akibat COVID-19 Dokumen Yang Diperlukan Individu Surat tunjuk sebab majikan (tiada bayaran / pengurangan OT / separuh gaji etc) Slip gaji menunjukkan pengurangan (sebelum dan selepas COVID-19) Penyata bank (sebelum dan selepas COVID-19) Pemilik Perniagaan Penyata Bank (sebelum dan selepas COVID-19) Pesanan yang telah dibatalkan Jualan bulanan (sebelum dan selepas COVID-19) Baca Juga : Cara Mohon Bantuan RM600 Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji. Permohonan Di Buka Bermula 20 Mac
Cara Mohon Penangguhan Pembayaran Pinjaman
Dibawah ini dikongsikan maklumat institusi seperti nombor telefon bagi kemudahan anda. Sila telefon nombor bank yang anda ingin membuat penangguhan.
No.
Institusi Kewangan
Nombor untuk dihubungi
1.
Association Of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM)
03-20268002/8003
2.
Affin Islamic Bank Berhad
03-82302222
3.
Agrobank
1300-88-2476
4.
Alliance Islamic Bank Berhad
03-55169988
5.
AmBank Islamic Berhad
03-21788888
6.
Bank Islam Malaysia Berhad
03-26900900
7.
Bank Muamalat Malaysia Berhad
1-300-88-8787
8.
Bank Rakyat
1300-80-5454
9.
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
03-26113888
10.
Bank Simpanan Nasional
1300-88-1900
11.
CIMB Islamic Bank Berhad
03-62047788
12.
Hong Leong Islamic Bank Berhad
03-76268899
13.
HSBC Amanah Malaysia Berhad
1300-88-2626
14.
Maybank Islamic Berhad
1300-88-6688
15.
MBSB Bank
03-20963000
16.
Public Islamic Bank Berhad
1800-22-5555
17.
OCBC Al Amin Bank Berhad
03-83149310
18.
RHB Islamic Bank Berhad
03-92068118
19.
SME Bank
03-26037700
20.
Standard Chartered Saadiq
1300-88-8888
Sumber : AIBIM (Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM)
Ada beberapa syarat-syarat yang diperlukan sebelum memohon, tetapi lain bank lain syaratnya, bergantung kepada bank masing-masing. Antara syaratnya adalah perlu sertakan sekali dengan slip gaji, pesakit covid-19 (bank tertentu), bidang yang terkesan seperti travel agency, perlu ada surat daripada majikan yang mengatakan pendapatan pekerja menurun, peniaga kedai makan atau beberapa syarat yang lain.
Setiap bank mengenakan syarat yang berbeza. Cuba telefon dahulu untuk dapatkan maklumat. Mana tahu permohonan anda lulus. InsyaAllah.
Post a Comment
1 Comments
Pihak bank dapat berikan kelonggaran pembayaran balik semua pinjaman tanpa faedah semasa vius covid 19 ini.
ReplyDelete