Dekoder MyTV Percuma Untuk Penerima BSH 2020 ~ Semakan & Tuntutan



Tahukah anda bahawa penerima BSH 2020 berkelayakan untuk menerima set dekoder MYTV secara percuma.

Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi MYTV Broadcasting melalui pautan berwarna biru berikut.





Semak melalui SMS

Taip : MYTV<jarak>DEKODER<jarak>NO IC dan hantar ke 15888

Melalui dekoder ini, anda dapat menonton siaran digital myFreeview yang menawarkan saluran TV serta radio popular tanpa sebarang caj / bayaran / yuran langganan.

Pemberian dekoder MYTV yang bernilai RM300 secara percuma ini melibatkan 2 juta penerima Bantuan Sara Hiduo (BSH) terutama mereka yang menetap di kawasan yang sukar untuk mendapat siaran analog.

Sekiranya anda memiliki kelayakan, pihak MYTV bakal menghantar set dekoder ini terus ke rumah anda.

Sebaik saja menerima Set Dekoder Percuma, anda perlu memasang dan mengaktifkannya untuk menerima Siaran Digital myFreeview secara PERCUMA.



SIARAN MYFREEVIEW

Antara saluran-saluran ditawarkan dalam myFreeview adalah:


  • TV1 (HD)
  • TV2 (HD)
  • TV Okey
  • RTM Sports HD
  • CJ Wow Shop (Cina)
  • CJ Wow Shop (Melayu)
  • NTV7
  • 8TV
  • TV9
  • TV Al-Hijrah (HD)
  • Bernama News Channel
  • RTM Bes HD
  • TV3 (HD)
  • CJ Wow Shop (Melayu)
Selain saluran TV, myFreeview turut menawarkan siaran radio seperti:
  • Nasional FM
  • Traxx FM
  • Ai FM
  • Klasik FM
  • Minnal FM
  • Asyik FM
Lebih banyak siaran akan ditambah dari masa ke semasa tanpa sebarang caj.

PEMASANGAN DEKODER MYTV

Antara kelebihan siaran digital ialah:
  • Resolusi gambar yang lebih jelas
  • Audio yang berkualiti tinggi
  • Tanpa bayaran bulanan
  • Penambahan perkhidmatan dan siaran TV
Set dekoder ini boleh dibeli secara online pada harga sekitar RM184 – RM299 atau daripada mana-mana wakil penjual sah berhampiran anda.

CARA MENGAKSES MYFREEVIEW

Berikut disertakan cara-cara bagi mengakses siaran digital myFreeview.

#1 – Dekoder MYTV

Jika anda menggunakan set TV biasa, anda perlukan dekoder MYTV bagi mengakses siaran digital myFreeview.

Anda perlu sambungkan dekoder DVB-T2 ke TV dengan menggunakan kabel AV/HDMI dan aerial UHF melalui terminal aerial TV anda.

#2 – IDTV

Jika anda menggunakan IDTV, anda perlu sambungkan aerial UHF pada terminal aerial IDTV yang anda gunakan.

Sekiranya masih tidak dapat mengakses siaran digital ini anda boleh hubungi mana-mana pemasang berdaftar berhampiran anda.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi MYTV Broadcasting di http://www.mytvbroadcasting.my

Post a Comment

0 Comments