Penjawat Awam Jangan Sabotaj Kerajaan - TPM



PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan penjawat awam supaya tidak mensabotaj kerajaan, selain menjaga batas perhubungan dalam komunikasi dan patuh kepada etika penggunaan media sosial.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam usaha memanfaatkan media sosial sebagai ejen penyampai maklumat dan promosi perkhidmatan kepada masyarakat, masih ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium itu.

“Ada pihak yang menyebar maklumat atau melempar tuduhan dan kritikan terhadap kerajaan secara melulu.

“Kita juga sedar, ada dalam kalangan penjawat awam yang mewarisi sokongan kerajaan lama. Kita faham dan hormati pendirian politik masing-masing.

“Bagaimanapun saya ingin mengingatkan supaya jangan ada unsur sabotaj. Kita boleh berbeza fahaman politik tetapi untuk berkhidmat kepada rakyat, kita tidak wajar menggunakan perbezaan kelompok, kaum dan agama sebagai penghalang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 bagi kementerian itu, di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah turut mengingatkan penjawat awam supaya tidak sesekali membalas kritikan netizen dengan bahasa kurang sopan dalam media sosial, walaupun untuk mempertahankan diri.

“Imej kerajaan, kementerian dan seluruh agensi hendaklah sentiasa dipelihara. Sama-sama kita cerminkan keperibadian kita dengan asas digariskan agama,” katanya.

Selain itu, beliau juga mahu penjawat awam, terutama warga kementerian itu, terus memberikan komitmen dan mempertingkat produktiviti serta mutu kerja berkualiti tinggi.

“Kita harus menyahut cabaran ini dengan mewujudkan persaingan sihat bagi membuktikan keupayaan masing-masing, yang secara tidak langsung akan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Sumber: BH Online

Post a Comment

1 Comments

  1. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 8 permainan seru :)

    ReplyDelete