Sadis! Suspek 'Mimpi Aneh' Sebelum Bertindak Meletakkan Berhala di Masjid



Suspek yang meletakkan berhala di Surau Sabilul Huda dipercayai mempunyai masalah mental ‘gila isim’ selepas mempelajari ilmu agama yang salah di negara jiran.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya berjaya menahan lelaki berusia 37 tahun di rumah yang berada kira-kira 200 meter dari surau itu di Taman Pandamar Indah, dekat Klang, 6.15 petang semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang juga penganggur mengaku terbabit meletakkan patung secara bersendirian di surau terbabit.

“ Berdasarkan keterangan suspek, lelaki itu meletakkan satu patung kepercayaan Buddha dikenali ‘Datuk Gong’ berikutan mahu mengajak mereka yang menganut agama berkenaan untuk sembahyang di surau terbabit.

“ Dua lagi patung kepercayaan Hindu turut diletakkan berikutan tujuan yang sama.
Kerap bermimpi melihat Kaabah dikelilingi berhala

“ Suspek memaklumkan dia kerap bermimpi melihat Kaabah dikelilingi berhala dan percaya perlu bertindak melakukan perkara yang sama di surau berdekatan rumahnya itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Klang, hari ini.

Kata Shamsul Amar, suspek turut mengaku mengambil patung berkenaan di tokong kecil berhadapan rumah dan tempat pembuangan sampah di sekitar kawasan berkenaan.

“Suspek juga dipercayai baru sahaja pulang ke negara ini dari negara jiran selepas dipercayai bekerja serta menuntut ilmu agama yang salah (gila isim).

“ Hasil pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“ Suspek juga mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu mendatangkan kecederaan pada 1997 dan kes curi pada 2000.

“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh merangkumi semua aspek dan tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 259 dan 379 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes berhala berkenaan tidak membabitkan isu agama dan meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenainya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan surau itu dilaporkan menemui dua patung berhala yang diletakkan di atas pagar masuk ke surau berkenaan.

Rabu lalu, berhala ‘Datuk Gong’ bersaiz lebih besar diletakkan di tepi pintu masuk surau.
Penduduk terkejut

Terdahulu penduduk Taman Pendamar Indah, di Pelabuhan Klang gempar apabila dikejutkan dengan penemuan berhala yang diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda

Difahamkan, berhala itu diletakkan individu tidak bertanggungjawab antara 2.30 petang hingga 4.00 petang sebelum disedari oleh siak yang datang untuk membuat persiapan bagi solat Asar di surau berkenaan.

Siak surau itu, Mohd Yatim Omar, 64, berkata, patung itu ditemui olehnya ketika mahu membuka pintu surau berkenaan yang berkunci, pada 4.15 petang.

Beliau yang terkejut dengan penemuan itu kemudiannya memanggil ahli jawatankuasa (AJK) serta kariah surau bagi melihat sendiri berhala terbabit.

“ Ketika saya pulang selesai solat Zohor, semua dalam keadaan baik dan tiada berhala terbabit, namun apabila saya datang semula ke surau untuk persiapan solat Asar, ada berhala yang diletakkan di situ.

“ Saya sangat terkejut dan tidak tahu apa motif atau siapa individu yang meletakkan berhala terbabit. Tambahan pula, surau ini tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

“ Setahu saya, surau ini tidak pernah menerima aduan atau mempunyai masalah dengan mana-mana pihak selain kecurian tabung surau yang sudah berlaku hampir lebih sepuluh kali,” katanya ketika ditemui malam, semalam.

Lihat video di bawah



Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : hmetro

Post a Comment

0 Comments