Dahsyat! Ini respon Abby Abadi terhadap serangan ratusan pengikut KPop di IG - Salam Kerjaya!

Breaking

Sunday, February 24, 2019

Dahsyat! Ini respon Abby Abadi terhadap serangan ratusan pengikut KPop di IG



Gara-Gara Tegur Pakaian Blackpink, Abby Abadi Teruk Di Hentam Netizen! Semalam berlangsungnya konsert jelajah penyanyi kumpulan wanita dari Korea, BLACKPINK di Stadium Melawati, Shah Alam. Konsert ini turut mendapat sambutan tinggi dari peminat di Malaysia sehingga tiket habis dijual.

Namun, ada segelintir pihak kurang berpuas hati termasuk pelakon Abby Abadi yang kurang senang dengan etika pemakaian BLACKPINK ini. Dia mendakwa pemakaian skirt dan seluar pendek yang dikenakan adalah kurang menyenangkan dan juga dilihat terlalu seksi.
Apa yang best Blackpink ni ye?



Abby Abadi telah memuatnaik sebuah video menerusi Instagram akaunnya. Kapsyen yang ditulis ini mencetuskan persoalan terhadap demokrasi atau tindakan yang tidak diambil oleh mana-mana pihak ekoran etika pemakaian yang dikenakan ahli kumpulan dari Korea ini.

Tambahnya, dia turut mempersoalkan mengenai konsert Selena Gomez yang juga tidak dibenarkan membuat persembahan di Malaysia disebabkan berpakaian seksi. Tetapi bagaimanakah pula dengan Blackpink ini?

Ekoran dari pandangan pelakon ini juga, rata-rata netizen meninggalkan komen kurang senang dan lihat respon Abby Abadi ini. Ala, macam Elite dulu la


Tegur artis dalam Gerak Khas tu


Ada mulut tu jaga



Sumber: apakes

No comments:

Post a Comment