Senarai Skim Bantuan Perumahan Yang Boleh Dimohon Tahun 2021

Bagi anda yang ingin memohon skim bantuan perumahan, berikut dikongsikan senarai permohonan bantuan perumahan yang masih dibuka pada tahun 2021.


Senarai Kandungan

1. Skim Perumahan PPR Dimiliki
2. Program Perumahan Rumah Mesra Rakyat
3. Residensi Wilayah
4. Program Sewa Sambil Beli Rumah (Skim Smart Sewa Selangor)
5. Program Rumah Mesra Rakyat Perakku Prihatin
6. Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan
7. Bantuan RM60,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri


  • Skim Perumahan PPR Dimiliki

PPR Dimiliki merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan penempatan terancang dan selesa kepada kumpulan sasar iaitu golongan setinggan dan berpendapatan rendah RM3,000 ke bawah. Harga jualan bagi rumah tersebut iyalah RM35,000 per unit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 per unit di Sabah dan Sarawak. Program ini membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah.

Cara Membuat Permohonan - KLIK SINI


  • Program Perumahan Rumah Mesra Rakyat

Projek RMR dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Bantuan ini diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan dibina mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Cara Membuat Permohonan - KLIK SINI


  • Residensi Wilayah

Residensi Wilayah yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP merupakan program rumah mampu milik yang tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Cara Membuat Permohonan - KLIK SINI


  • Program Sewa Sambil Beli Rumah (Skim Smart Sewa Selangor)

Khas untuk rakyat di negeri Selangor, Kerajaan Negeri memperkenalkan satu skim yang membolehkan anda menyewa dan memiliki rumah iaitu Skim Smart Sewa Selangor. Skim ini merupakan skim yang menawarkan sewaan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. 30% daripada jumlah sewaan bersih akan digunakan untuk membayar deposit pembelian Rumah Selangorku.

Cara Membuat Permohonan - KLIK SINI


  • Program Rumah Mesra Rakyat Perakku Prihatin

Khas untuk rakyat di negeri Perak, Yayasan Perak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu program RMR Perakku Prihatin untuk golongan B40 di Perak. Konsep pinjaman perumahan ini adalah pinjaman tanpa faedah khusu untuk golongan B40 yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah (jika mereka bukan pemilik tanah).

Cara Membuat Permohonan - KLIK SINI


  • Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan

Khas untuk rakyat di Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri menyediakan satu inisiatif untuk membantu rakyat di Negeri Sembilan bagi memiliki rumah di atas tanah sendiri. Tujuan program ini adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tidak memiliki rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah. 

Konsep program ini adalah pembiayaan pembinaan rumah bernilai RM60,000 seunit dan akan dibayar balik oleh pemohon dalam bentuk pinjaman tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik selama 300 bulan atau 25 tahun.

Program ini terhad kepada 70 unit sahaja dan permohonan dibuka sehingga 6 September 2021.

Cara Membuat Permohonan - KLIK SINI


  • Bantuan RM60,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Bantuan bina rumah atas tanah sendiri merupakan skim pinjaman perumahan untuk golongan yang berpendapatan rendah dengan had pinjaman maksimum adalah RM60,000. Ini bertujuan untuk membantu mereka khususnya yang berpendapatan rendah memiliki rumah pertama mereka. Tempoh bayaran balik adalah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.

Cara Membuat Permohonan - KLIK SINI


Semoga artikel ini dapat membantu anda membuat permohonan dalam memiliki rumah pertama anda. 

Post a Comment

0 Comments