Tarikh Pembayaran i-Citra KWSP Bermula 2 Ogos 2021

Seperti yang telah diketahui umum, semakan permohonan i-Citra telah pun bermula sejak 16 Julai 2021 dan ramai yang telah membuat permohonan juga telah lulus. Mungkin ada yang tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran i-Citra pada bulan pertama akan dikreditkan ke akaun bank dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra nanti?
Oleh itu, kami dari Salam Kerjaya akan berkongsi cara untuk membuat semakan.
Semakan Tarikh Pembayaran i-Citra
Semakan tarikh pembayaran i-Citra boleh dibuat melalui dua cara iaitu di laman web i-Citra dan melalui i-Akaun
Untuk membuat semakan pembayaran melalui laman web i-Citra:
- Buka laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/
- Klik pada butang SEMAK STATUS
- Isikan maklumat yang diminta
- Status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

____________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel ini____________________________________________________________________
Untuk membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun:
- Buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Log masuk menggunakan ID dan Kata laluan yang telah didaftarkan
- Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
- Klik pada WITHDRAWAL HISTORY
- Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Citra
- Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah

Jadual Bulanan Pembayaran i-Citra
Seperti i-Sinar, pembayaran i-Citra juga adalah seperti berikut
Tarikh pembayaran bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran bulan kedua dan seterusnya
Contohnya jika bayaran pertama bermula pada 2 Ogos 2021, bayaran kedua berkemungkinan akan jatuh pada 2 September, begitu juga dengan bulan-bulan berikutnya jika jatuh pada hari bekerja.
Dan jika lambat, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan
Menurut pegawai KWSP, pemohon boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan maklumat terkini tentang pembayaran.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan i-Citra, anda boleh menghubungi Hotline i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
Untuk info terkini melalui media sosial, anda boleh melayari Facebook rasmi KWSP.
Post a Comment
0 Comments