Jawatan Kosong TNB Bulan Mac 2024 / Gaji Bermula RM1,900.00
Maklumat Syarikat/Institusi:
Nama Syarikat/Institusi: Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Tentang TNB:
Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah syarikat di Malaysia dan antara yang terkemuka di Asia dengan kehadiran negara antarabangsa lain di United Kingdom (UK), Kuwait, Turkiye, Arab Saudi dan India.
Dalam ruang tenaga boleh diperbaharui, setakat bulan Disember 2022, TNB mempunyai jumlah portfolio kasar sebanyak 2,896MW di Malaysia (termasuk 2,536.1MW hidro besar) dan 993MW di seluruh UK, Turkiye, dan India yang mana ianya terdiri daripada penjanaan tenaga solar, angin dan hidroaset.
Di samping TNB menjadi syarikat penjanaan elektrik yang utama untuk negara, TNB juga turut menghantar dan mengagihkan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sehingga 31 Disember 2022, TNB membekalkan elektrik kepada kira-kira 10.6 juta pelanggan.
Jawatan Yang Ditawarkan:
- Juruteknik Tingkatan Biasa (Tetap/Kontrak)
- Gaji Pokok: RM1,900.00 sebulan
- Elaun Elektrik: RM85.00 Sebulan
- Elaun Dobi: RM60.00 Sebulan
Tarikh Tutup Permohonan:
- 19 Mac 2024 (Selasa)
Syarat - Syarat Kelayakan Jawatan:
- Warganegara Malaysia.
- Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau anak- anak syarikat TNB
- Memiliki Diploma Kejuruteraan (Elektrik / Civil / Power / GIS) dari Politeknik tempatan dan Universiti-Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dengan keputusan minima CGPA 2.50.
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuklah kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan juga lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
- Pemohon yang mempunyai sijil Penjaga Jentera Elektrik sekurang-kurangnya AO adalah satu kelebihan.
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit yang kronik.
- Tidak rabun warna.
- Berumur adalah tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Boleh bekerja dalam satu pasukan.
- Boleh dan sanggup ditempatkan di mana - mana negeri semenanjung Malaysia.
Cara Memohon Jawatan:
Gambar: Klik Apply now pada laman rasmi untuk memohon jawatan |
Tips Permohonan Kerja Dari Salam Kerjaya
- Langkah pertama ketahui kerja yang sesuai dengan bidang/minat anda.
- Cari syarikat/jabatan yang menawarkan jawatan itu.
- Sediakan resume yang menarik.
- Resume tidak perlu terlalu banyak ilustrasi, cukup ringkas dan padat dengan informasi diri anda yang perlu diketahui oleh bakal majikan.
- Menjaga akaun media sosial dan tampil profesional di semua akaun media sosial kerana bakal majikan anda pasti mempunyai akaun media sosial dan boleh melihat anda.
- Mencari atau memohon pekerjaan boleh dibuat melalui pelbagai platform. Salah satunya adalah laman web salamkerjaya.com atau telegram https://t.me/pakejbantuankerajaan yang padat informasi kerjaya terkini.
- Sesetengah pekerjaan memerlukan calon ditemuduga.
- Anda boleh membuat sedikit kajian tentang syarikat/jabatan dan jawatan yang di mohon, ketahui soalan lazim yang sering ditanya kepada calon dan jika perlu sediakan soalan anda untuk diajukan pada panel.
- Berpakaian Kemas
- Tiba lebih awal dari waktu temuduga
- Menyediakan semua dokumen berkaitan (lebih kemas jika menggunakan fail)
- Selepas temuduga, tempoh menunggu biasanya 1-2 minggu. Jika belum ada keputusan, email dan follow up kepada syarikat/jabatan tersebut.
- Sekiranya berjaya, sekalung tahniah buat anda. Ketika menerima surat tawaran (offer letter), baca dengan teliti dan fahami. Setelah benar - benar difahami, barulah turunkan tandatangan. Selamat Maju Jaya di dalam kerjaya.
- Yang belum berjaya, teruskan mencuba! Salam Kerjaya akan sentiasa berusaha memberikan informasi kerjaya yang terbaik untuk anda.
Post a Comment
0 Comments