Bantuan One-Off Sehingga RM1,400 Untuk Terjejas Pendapatan


Bantuan NADMA merupakan sebuah inisiatif daripada kerajaan Malaysia di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) khas untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 ini.

Bantuan ini dilancarkan melalui Tabung COVID-19 dengan bayaran sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat Malaysia yang dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat COVID-19 (warded)


Kadar Bantuan NADMA

Kadar bantuan yang akan diberikan adalah RM100 sehari (maksimum sehingga 14 hari) secara one-off dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Selain bantuan NADMA, kerajaan juga ada menyediakan elaun untuk mereka yang dimasukkan ke wad disebabkan COVID-19 dengan elaun sebanyak RM50 sehari (maksimum sehingga 14 hari) melalui skim MySalam.

Rujuk Skim MySalam

____________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

____________________________________________________________________

Syarat Kelayakan 

Bantuan ini layak kepada Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana:

Menerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex17) di Bawaha Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkita 1988 (Akta 342)

Menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate)


Cara Membuat Permohonan

1. Muat turun dokumen-dokumen berikut

  1. Lampiran A - Borang Bantuan Khad COVID-19
  2. Lampiran B - Borang Akuan Kehilangan Pendapatan
  3. Lampiran C - Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (jika tiada akaun bank)

2. Dokumen lain

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Dokumen asal KKM (discharge note / sijil cuti sakit etc..)
  3. Salinan Penyata Bank

3. Pos ke alamat

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Maklumat lanjut mengenai cara-cara permohonan boleh rujuk DI SINI


Semakan Kelayakan

Untuk menyemak status permohonan yang telah lulus bagi Bantuan COVID-19 NADMA anda boleh melayari https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi 03-8870 4800 atau emel ke admin@nadma.gov.my

Post a Comment

0 Comments