Permohonan Bantuan RM1,500 Untuk OKU

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah mengumumkan satu bantuan kewangan khas untuk OKU di bawah pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Bantuan ini merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu individu OKU yang bukan penerima bantuan bulanan JKM yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Antara objektif pemberian bantuan kewangan ini adalah untuk membantu secara kewangan kepada OKU yang terkesan akibat COVID-19, membantu OKU yang hilang pekerjaan bagi meneruskan kelangsungan hidup, mengenalpasti bilangan sebenar OKU yang bekerja namun tidak menerima sebarang bantuan bulanan kerajaan dan sebagai insentif kepada OKU yang produktif tetapi terkesan disebabkan oleh COVID-19 selama hampir setahun lebih.

Kadar Bantuan Yang Diberikan
Individu OKU yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM500 setiap bulan selama 3 bulan
Tarikh Permohonan Bantuan
Permohonan dibuka bermula 19 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:
- OKU yang berdaftar dengan JKM
- OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja
- OKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM
- Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri
- OKU yang bukan kakitangan kerajaan
____________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel ini____________________________________________________________________
Cara Membuat Permohonan
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan bantuan OKU:
- Isi borang Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) melalui google form di portal rasmi JKM www.jkm.gov.my
- Permohonan secara mengisi borang yang boleh dimuat turun daripada laman Portal Rasmi www.jkm.gov.my dan dihantar ke PKMD / dimasukkan dalam dropbox yang disediakan atau menghantar semua dokumen dalam bentuk PDF ke alamat emel bantuanokupemulih@jkm.gov.my
- Permohonan secara mengisi borang dan dihantar kepada pihak NGO untuk diserah kepada pihak PKMD atau menghantar semua dokumen dalam bentuk PDF ke alamat emel bantuanokupemulih@jkm.gov.my
Dokumen Sokongan
Setiap permohonan perlu memuat naik dokumen sokongan berikut:
- Salinan Kad OKU / Dokumen Pengenalan Sementara OKU
- Salinan muka depan buka akaun bank yang aktif / slip berkaitan no akaun bank / sebarang dokumen sokongan yang berkaitan
Semakan Kelulusan & Cara Pembayaran
Permohonan yang lengkap dan telah diluluskan, PKMD akan melaksanakan bayaran ke akaun pemohon yang dinyatakan dalam borang permohonan dan diproses dalam masa 14 hari.Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai bantuan ini anda boleh rujuk FAQ Bantuan Kewangan Khas OKU dan sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan permohonan bantuan kewangan khas OKU, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8323 1656 atau melayari Facebook Rasmi JKM di https://www.facebook.com/myJKMHQ
Post a Comment
0 Comments