MyLesen 2024 : Bantuan Lesen Memandu Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Program MyLesen B2 Tahun 2024 : Bantuan Lesen Memandu B40

MyLesen 2024 – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Bantuan Lesen Memandu melalui Program MyLesen B2 bagi Tahun 2024.

Bantuan MyLesen ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan dengan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Oleh itu, sekiranya anda berminat untuk memohon Bantuan Lesen Memandu bagi Tahun 2024, permohonan lesen percuma 2024 ini boleh dipohon dengan mengisi borang penyertaan yang telah disediakan.

Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 ini adalah sehingga kuota penyertaan telah dipenuhi.


Baca Juga:

Kepentingan Program MyLesen B2

Impak daripada program MyLesen B2 ini adalah untuk:

  • Membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompetetan.

Manfaat Program MyLesen B2

Antara manfaat yang akan diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024 ini adalah peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Tiada bayaran yang akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Tempoh Masa Dan Prosedur

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum LMM Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:

  • Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
  • Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
  • Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
  • Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
  • Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
  • Ujian JPJ

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma 2024

Program MyLesen B2 bagi tahun 2024 ini akan membuka kuota sebanyak 35,000 peserta dan syarat-syarat peserta adalah;

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 16 tahun dan ke atas.
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  • Sihat fizikal dan mental.
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu.
  • Bebas daripada senarai hitam mahkamah, JPJ dan PDRM.

Cara Membuat Permohonan Bantuan Lesen Memandu 2024

Peserta yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas dan ingin membuat pendaftaran Bantuan Lesen Memandu, boleh scan QR code yang dinyatakan pada poster di atas atau klik melalui pautan yang disediakan – klik DI SINI

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke alamat e-mel mylesenb2@jpj.gov.my atau merujuk kepada Soalan Lazim FAQ – MyLesen B2 berkaitan program ini.

Post a Comment

0 Comments