MGID ads

Permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM 2024

Bantuan kanak-kanak 2024 cara mohon bantuan RM1000 JKM kini dibuka. Bantuan kanak-kanak salah satu bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu rakyat Malaysia.

Bantuan ini memperuntukkan bantuan sehingga maksimum RM1000 untuk satu keluarga.

Salam Kerjaya kongsikan cara mohon bantuan RM1000 JKM.

Bantuan Kanak-Kanak 2024 

Bantuan kanak-kanak 20224 (BKK) untuk membantu keluarga dan penjaga kepada anak-anak supaya mereka tinggal bersama keluarga.

Bantuan kanak-kanak bertujuan untuk membantu dan memelihara institusi keluarga agar kanak-kanak diberikan kasih sayang.

Jumlah Bantuan Kanak-Kanak 2024

Jumlah bantuan kanak-kanak 2024 ialah:

  • RM200 untuk anak berumur 6 tahun & ke bawah
  • RM150 untuk anak 7 hingga 18 tahun
  • Bantuan maksimum RM1000 keluarga sebulan

Syarat Kelayakan Pemohon Bantuan Kanak-Kanak

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan keluarga isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan PGK atau Purata miskin per kapita semasa
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun dan  yang 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas

Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak 2024

Cara Mohon Manual

Permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan dan Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan penilaian.

Antara dokumen sokongan yang perlu dibawah ke Pejabat Kebajikan Masyarakat ialah:

  • Salinan Kad Pengenalah Diri Pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami,isteri, ibu bapa dan anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak atau ahli keluarga tinggal bersama
  • Salinan Penyata gaji jika ada
  • Lain-lain dokumen berkaitan

Borang Permohonan Berkaitan Yang Wajib Dibawa:

Permohonan Online

Anda boleh mohon bantuan kanak-kanak secara online melalui portal E-Bantuan JKM:

Hadir Ke Pejabat Kebajikan Masyarakat

Anda diminta hadir ke pejabat kebajikan masyarakat di daerah yang anda mohon dalam tempoh masa 14 hari dari permohonan dibuat waktu online.

Kegagalan anda akan menyebabkan permohonan anda dibatalkan secara automatik.\

Maklumat Lanjut

Anda boleh terus layari Portal rasmi JKM - klik DI SINI .

Post a Comment

0 Comments