Kantoi..!!! Pasangan Pelakon Malaysia Duduk Satu Bilik Ketika Bercuti Di Eropah

Kantoi..!!! pasangan pelakon Malaysia duduk satu bilik ketika bercuti di Eropah. Awal tahun ini pernah tular berita mendakwa satu pasangan selebriti terkenal bersekedudukan ketika mereka sama-sama bercuti ke Eropah.

Disebabkan umum mengetahui bahawa mereka tidak mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri, maka bertalu-talulah kecaman dilemparkan terhadap pasangan terbabit.

Namun baru-baru ini, sumber yang sangat dipercayai memaklumkan kepada BOOM! bahawa mereka sebenarnya telah bernikah.

Mulanya memang diragui dakwaan tersebut, akan tetapi memandangkan sumber itu sendiri mengakui pasangan popular berkenaan telah menggunakan khidmat katering syarikat miliknya, maka maklumatnya boleh diterima pakai.

Menurut sumber, upacara pernikahan diadakan secara tertutup di sebuah rumah kelab di kawasan kediaman mereka dan cuma dihadiri ahli keluarga terdekat.

Selepas mereka diijabkabulkan di sebelah pagi, pasangan itu diraikan dalam satu majlis makan tengah hari secara kecil-kecilan sesama ahli keluarga sahaja.

Difahamkan, percutian mereka ke beberapa negara Eropah sekitar Januari lalu rupa-rupanya adalah saat romantik kedua-dua pelakon itu menikmati bulan madu sebaik bergelar suami isteri.

Post a Comment

0 Comments