RASMI : Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000




Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia kerana pihak kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk meluluskan pengeluaran wang simpanan KWSP RM10,000 dikala ramai rakyat yang terkesan teruk dari segi ekonomi akibat daripada penularan wabak Covid-19.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

TARIKH PERMOHONAN PENGELUARAN WANG KWSP RM10,000
  • Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun akan bermula 1 April ini dan berakhir pada hujung bulan depan.


TARIKH PEMBAYARAN WANG KWSP RM10,000
  • KWSP dalam satu kenyataan berkata, tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.


CARA SEMAK BAKI AKAUN KWSP TERKINI
Untuk melakukan semakan baki KWSP terkini anda, sila rujuk langkah berikut:

JUMLAH PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

"Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

"Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak," katanya.



KEPUTUSAN YANG SUKAR DEMI KEPENTINGAN RAKYAT

Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana membabitkan simpanan hari tua rakyat, namun pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

KERAJAAN DENGAR KELUHAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA

"Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

"Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP," katanya pada sidang media khas, di sini hari ini.




Post a Comment

1 Comments

  1. Kenapa beri pada pencarum2 yg pernah dpt sblom nie...? Kenapa perlu nk sshkan pencarum mohon plak...? Nampak sgt sj nk sshkan pencarum2... Maklumat setiap pencarum ada pada KWSP... KENAP SJ NK BUAT BGI JDI PAYAH... LGI PUN INI DUIT PENCARUM... BKN HAK KERAjaan pusat pun...

    ReplyDelete