Semakan Status Bayaran & Kelulusan i-Sinar KWSP Bermula 26 Ogos 2021


KWSP sebelum ini telah memaklumkan bahawa pencarum yang telah membuat permohonan kemudahan i-Sinar bagi kategori 2 boleh menyemak status bayaran dan kelulusan bermula 8 Mac yang lalu.

Dan tahukah anda, kelulusan automatik telah diberikan kepada kepada pemohon yang membuat permohonan selepas tarikh tersebut ini bermakna pemohon kategori 2 boleh mengeluarkan akaun 1 mereka tanpa syarat.


Tarikh Bayaran i-Sinar 

Pembayaran i-Sinar pada bulan September telah diawalkan bermula pada 26 Ogos 2021.



Jumlah Pengeluaran

Berikut adalah jumlah pengeluaran bagi kemudahan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut:

  • Pencarum yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah di dalam akaun 1, mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000 dengan tempoh bayaran selama 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum RM5,000.

  • Manakala pencarum yang mempunyai simpanan lebih daripada RM100,000 di dalam akaun 1, mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% dalam akaun mereka dengan maksimum pengeluaran sebanyak RM60,000 dan bayaran pertama yang boleh dimohon adalah RM10,000.


Bayaran Interim Dimansuhkan

KWSP juga telah memaklumkan bahawa pembayaran interim yang sebelum ini dilakukan akan dimansuhkan berikutan pelaksanaan pengeluaran tanpa syarat dan kriteria i-Sinar untuk kategori 2.

Ini bermaksud, pemohon yang tidak menerima bayaran interim akan menerima pembayaran penuh mengikut jumlah yang telah dimohon.


Cara Membuat Semakan i-Sinar

Semakan i-Sinar boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu melalui laman web i-Sinar atau i-Akaun.

Untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra:


  1. Buka laman web i-Citra KWSP di https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Klik Semak Status Permohonan
  3. Isi maklumat yang diperlukam
  4. Klik pada butang SEMAK STATUS
  5. Status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan


____________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

____________________________________________________________________


Untuk membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun:

  1. Buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Log masuk menggunakan ID dan Kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  4. Klik pada WITHDRAWAL HISTORY
  5. Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Sinar
  6. Tarikh bayaran dan status permohonan akan dipaparkan

Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan i-Sinar, anda boleh menghubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau layari lam web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/

Post a Comment

0 Comments