Semakan Dan Permohonan Wang Tidak Dituntut (WTD) 2021


Jumlah Wang Tak Dituntut (WTD) setakat Februari 2021 telah mencecah RM9.4 Bilion dan akan meningkat tahun demi tahun. Tahukah anda, kini anda boleh membuat semakan WTD secara online tanpa perlu beratur di kaunter. Oleh itu, kami dari Salam Kerjaya akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk membuat semakan permohonan dan tuntutan WTD secara online.

Cara Membuat Semakan Online

  1. Buka laman web egumis di https://egumis.anm.gov.my/
  2. Buat pendaftaran pengguna secara atas talian
  3. Log masuk ke portal menggunakan kata laluan yang telah didaftar
  4. Kemaskini maklumat pengguna
  5. Klik pada "KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT" untuk membuat semakan WTD sama ada menggunakan MyKad atau nombor pendaftaran syarikat.
  6. Klik "Cetak" jika perlu

____________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

____________________________________________________________________

Cara Membuat Tuntutan WTD

WTD boleh dituntut melalui 3 cara iaitu melalui online, Kaunter dan POS.

Online

Untuk membuat tuntutan secara online:

  1. Anda kena membuat semakan WTD dahulu. 
  2. Setelah itu klik pada rekod WTD yang ingin dituntut dan pilih "Teruskan Dengan Permohonan"
  3. Klik "Tambah Penerima" untuk masukkan maklumat penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya maklumat diri adalah sama seperti maklumat pemohon.
  4. Masukkan maklumat perbankan dan "Simpan"
  5. Muat naik dokumen sokongan bagi kategori "MANDATORI"
  6. Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan.
  7. Rujuk portal eGUMIS untuk status permohonan WTD

*Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap dan telah disahkan.

Kaunter

Untuk membuat tuntutan melalui kaunter, maklumat yang telah dicetak melalui semakan online tadi hendaklah dihantar terus ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana cawangan Jabatan Akautan Negara Malaysia (JANM).

Namun begitu, setakat ini segala urusan adalah melalui temujanji sahaja dan terhad kepada 2 pelanggan pada satu masa. 

Oleh itu, anda boleh membuat temujanji melalui telefon atau whatsapp di talian 019-201 0234

POS

Untuk membuat tuntutan melalui POS, hantar permohonan dengan maklumat yang lengkap berserta maklumat WTD yang telah dicetak ke alamat

Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594, Putrajaya


Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkatian tuntutan WTD, anda boleh menghubungi:

Unit Tuntutan: 03 - 8000 8700 / 8701 / 8702 atau emel ke tuntutan.bwtd@anm.gov.my
Unit Akaun (Serahan): 019-200 8434 atau emel ke akaun.bwtd@anm.gov.my
Unit Sekuriti: 019-201 2834 atau emel ke sekuriti.bwtd@anm.gov.my

Post a Comment

0 Comments