Semakan i-Citra Bermula 16 Julai 2021






Menerusi Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan bersetuju untuk memberi peluang kepada pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan sehingga RM5,000 dari akaun mereka menerusi i-Citra KWSP.

Pelaksanaan i-Citra bertujuan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Seramai 12.6 juta ahli KWSP akan mendapat manfaat namun jumlah pengeluaran tertakluk kepada jumah simpanan KWSP ahli.



Tarikh Permohonan

Permohonan i-Citra boleh mula dibuat pada 15 Julai sehingga 30 September 2021


Syarat Kelayakan

  1. Ahli KWSP berumur 55 tahun ke bawah termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap
  2. Ahli hendaklah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan

____________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

____________________________________________________________________


Amaun Layak Dikeluarkan

Amaun yang boleh dikeluarkan adalah maksimum sehingga RM5,000 sahaja dan tempoh pengeluaran sehingga 5 bulan. Namun begitu ia bergantung kepada jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).

Ini bermaksud jumlah pengeluaran setiap bulan dihadkan kepada RM1,000 atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.

Pengeluaran minimum adalah RM50 dan ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun 1.


Cara Membuat Permohonan

  1. Permohonan boleh dibuat melalui portal i-Citra di https://icitra.kwsp.gov.my/
  2. Walau bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses pada 15 Julai 2021. 
  3. Maklumat lanjut berkaitan permohonan akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

Cara Membuat Semakan

Anda boleh membuat semakan bermula 16 Julai 2021 dengan melayari  https://icitra.kwsp.gov.my/ 

Tarikh Pembayaran

Ahli yang layak akan mula menerima bayaran pada bulan ogos 2021.


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan i-Citra, anda boleh menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848 atau buka laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra

Post a Comment

0 Comments