Info Semasa
Touch 'n Go eWallet: Cara Mendaftar & Penebusan Kredit eBelia RM150


Touch 'n Go eWallet terpilih sebagai salah satu daripada 4 perkhidmatan eDompet yang akan bekerjasama dalam inisiatif eBelia. Program ini akan dilancarkan bermula 1 Jun 2021 dan kepada yang memilih TNG eWallet untuk menebus kredit eBelia, mereka berpeluang untuk menikmati perlbagai bonus dan tawaran istimewa.
Cara Mendaftar TNG eWallet
Berikut dikongsikan cara untuk mendaftar TNG eWallet:
1. Muat turun aplikasi Touch 'n Go eWallet sama ada melalui Google Playstore atau Apple App Store.
2. Hanya SATU ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk Satu akaun TNG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada satu nombor mudah alih yang unik.
3. Isikan maklumat dan butiran diri dengan lengkap.
4. Anda akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
5. Setelah itu, anda boleh menggunakan TNG eWallet seperti biasa.
Cara Menebus Kredit eBelia RM150 Melalui TNG eWallet
1. Buka aplikasi TNG eWallet dan klik ikon eBelia Credit atau ikon Profile.
2. Tekan butang Let's Go.
3. Sila ambil gambar kad pengenalan depan dan belakang.
4. Ambil gambar selfie.
5. Akaun TNG eWallet akan diverifikasi dalam tempoh 48 jam.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai TNG eWallet, anda boleh layari https://support.tngdigital.com.my/
Post a Comment
0 Comments