Cara Permohonan & Semakan Bantuan Smartphone Percuma B40 Secara Online




Berita baik bagi para pelajar sekolah daripada keluarga B40 dimana kini anda boleh memohon bantuan smartphone atau telefon pintar percuma B40 dengan data internet 120GB secara percuma. 

APA ITU BANTUAN SMARTPHONE PERCUMA B40?

Untuk makluman, YTL Foundation dengan kerjasama pihak YES dan FrogAsia telah melancarkan sebuah Bantuan Smartphone Percuma B40 bagi membantu para pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah yang tidak memiliki sebarang peranti dan internet untuk pembelajaran daripada rumah. 

Bantuan ini adalah merupakan sebiji telefon pintar secara percuma dengan data internet 120GB (10GB / sebulan selama 12 bulan). Untuk pengetahuan anda, para guru juga boleh mencadangkan pelajar yang berkelayakan terutamanya mereka yang daripada keluarga B40. Selain itu, ibu bapa juga boleh untuk melakukan permohonan bantuan telefon pintar ini untuk anak-anak mereka sendiri.

Antara maklumat yang diperlukan ialah:
  • Nombor MyKad/MyKid pelajar
  • Nombor MyKad ibu bapa pelajar
  • Status B40 ibu bapa daripada Portal Bantuan Prihatin Nasinal (BPN)

**Untuk mendapatkan status B40 ibu bapa, anda boleh pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/ kemudian masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik pada butang semak.

CARA MEMOHON BANTUAN SMARTPHONE

Bagi permohonan secara online, pemohon hanya perlu melakukan pendaftaran nama dengan mengisi maklumat yang diperlukan pada borang permohonan Smartphone di bawah:

Borang Permohonan Smartphone - klik DI SINI

CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN SMARTPHONE

  1. Bagi melakukan semakan kepada status permohonan anda, sila layari https://lcs.yes.my./ 
  2. Sila masukkan segala maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan untuk lakukan pengesahan.
  3. Paparan statu berkaitan permohonan anda akan dipaparkan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan ataupun masalah, anda boleh terus menghubungi:

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Emel: ytlfoundation@ytl.com.my
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

2 Comments

  1. Dah nak dekat setahun dah dlm pertimbangan.. timbang tu x ambil lesen lg kot.. tu yg lama sgt timbangnya..

    ReplyDelete