[RASMI] : PM Umum Bantuan RM1,000 JKM Bagi Golongan B40 Akan Dilaksanakan Akhir Tahun Ini



Satu berita yang amat menggembirakan dan ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia sebelum ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan bahawa akan mengusulkan cadangan untuk menaikkan Bantuan JKM sebelum ini yang mana dari RM300 kepada RM1,000 sebulan untuk tujuan membantu golongan rakyat yang memerlukan. 

BANTUAN DITAMBAH KEPADA RM1,000

Dan, pada beberapa minggu yang lalu ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di Kudat, Sabah bagi tujuan program ramah mesra bersama dengan sahabat Amanah Ikhtiar ada mengatakan bahawa Bantuan RM1,000 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini bakal dilaksanakan pada tahun hadapan.

Mekanisme serta cara pelaksanaannya akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 yang akan diadakan tidak lama lagi dan dibentangkan sendiri oleh Menteri Kewangan dalam persidangan Dewan Rakyat kali ini. 

"Saya telah berbincang di Kabinet, kita akan lihat bagaimana hendak tentukan kumpulan yang paling teruk terjejas di bawah ini dan bantuannya akan ditambah," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

JENIS BANTUAN YANG BOLEH DIMOHON

Antara jenis-jenis bantuan yang dapat anda mohon adalah seperti di bawah ini:

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) - RM100 hingga RM450 sebulan.
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC) - RM400 sebulan sebulan.
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) - RM250 sebulan.
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) - RM350 Sebulan.
  5. Bantuan Orang Tua (BOT) - RM350 Sebulan.
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA) - RM100 hingga RM350 sebulan.
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP) - RM200 hingga RM500 sebulan.
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) - RM200 sebulan.
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS)
Untuk melakukan permohonan, anda bolehlah klik pada link yang telah disediakan di bawah ini ataupun anda boleh terus ke pejabat JKM yang berhampiran dengan kawasan anda:

  • KM18 (Borang Permohonan Bantuan) - klik sini
  • Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 - klik sini 
Jika terdapat sebarang masalah ataupun pertanyaan mengenai bantuan JKM ini, anda bolehlah tinggalkan komen pada ruangan yang telah disediakan di bawah ini.

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Semoga ia mampu untuk membantu lebih ramai golongan yang memerlukan bantuan ini di luar sana. 

Post a Comment

5 Comments

  1. Saya ibu tunggal ada tanggungan 3 anak masih kecil dan bersekolah,dah mohon bantuan jkm banyak kali tapi jkm cakap tak layak,kena gaji rm900 kebawah baru layak dapat.saya bekerja sebagai cleaner di sekolah gaji rm1200,saya tak ada rumah sendiri dan hanya menyewa,saya tak ada kereta cuma ada motosikal untuk pergi kerja.harap jkm dapat membantu.

    ReplyDelete
  2. kalau bantuan OKU tu x bleh buad cara online ka?

    ReplyDelete
  3. Saya di berhentikan kerja sejak bulan oktober hingga skrng, Saya ada3 anak dua org tua (ibu bapa) 1anakbuah,tanggungan Saya ni,dah tak tahan sdh,hutang tunggakan lagi mencecah rm4000, Dan terus terang hutang along dalam minggu ni Tak byr 3k bunga Alan Naik lagi,betul Tak Tau macam Mana nak bayar tu semua

    ReplyDelete
  4. Setelah ayah meninggal saya menjadi tulang punggung keluarga,dengan ibu yang sering sakit².... Rumah ibu yang semakin lama semakin layu,saya sangat mengharap kan bantuan dari pihak kerajaan. Gaji saya pun cukup buat makan minum saya dan keluarga saya,di tambah kna dengan utang keluarga yg sudah lama mohon bantuan,dengan izin Allah semua akan baik² buat keluarga saya

    ReplyDelete
  5. maaf mau tanya , daa bole buat permohonan online ka

    ReplyDelete