[RASMI] : Bantuan E-Wallet Bernilai RM50 Untuk Golongan Belia Seluruh Malaysia



Melalui pembentangan Bajet Belanjawan 2021 baru-baru ini, Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan satu inisiatif bantuan iaitu pemberian e-wallet yang bernilai RM50 kepada golongan belia. Terbaik bukan?


PEMBERIAN KREDIT RM50 E-WALLET KEPADA BELIA

Untuk pengetahuan anda, melalui program eBelia ini pihak kerajaan akan menyalurkan dan mengkreditkan bantuan bernilai sebanyak RM50 secara one-off kedalam e-wallet bagi mereka yang berumur antara 18 hingga 20 tahun. 




Inisiatif bantuan ini adalah melibatkan sebanyak RM75 juta dan dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 1.5 juta belia di Malaysia seiring dengan melaksanakan pembudayaan transaksi kewangan cashless atau tanpa tunai.


SYARAT KELAYAKAN DAN TEMPOH BAYARAN

Untuk syarat kelayakan dan cara pembayaran serta cara penyaluran masih lagi belum diperjelaskan sehingga hari ini namun kemungkinan besar ianya akan berkesinambungan daripada pelaksanaan dan pemberian e-wallet yang telah dilaksanakan sebelum ini iaitu melalui program e-Tunai Rakyat dan e-Penjana seperti yang telah diberikan pada tahun lalu. 


Syarat-syarat kelayakan untuk menerima RM50 e-Penjana sebelum ini adalah seperti di bawah ini.

  • Mestilah Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun berdasarkan daripada rekod LHDN
  • Telah mendaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera
  • Memiliki salah satu daripada tiga e-wallet iaitu Grab, Boost, atau Touch n Go eWallet


Sebarang info serta maklumat terkini berkaitan dengan pembayaran e-wallet untuk golongan belia ini kami akan kemaskini disini. Pastikan anda telah bookmark dan follow portal rasmi kami. 


Anda juga boleh baca mengenai bantuan 150,000 murid sekolah yang bakal terima komputer riba percuma sumbangan GLIC & GLC  


Semoga bantuan ini dapat membantu meringankan serba sedikit bebanan yang dialami oleh golongan belia akibat penularan wabak pandemik Covid-19 ini.

Post a Comment

0 Comments