Pengeluaran Pendahuluan i-Sinar KWSP Perlu Diganti Semula? Ini Penjelasan Terperinci Yang Perlu Anda Ketahui



Baru-baru ini pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumunkan bahawa akses terhadap Akaun-1 untuk ahlinya (pencarum) yang terjejas dengan pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000. 


Untuk pengetahuan anda, bagi ahli yang mempunyai baki Akaun-1 kurang daripada RM90,000 boleh melakukan pengeluaran sehingga RM9,000 dengan pendahuluan pertama sebanyak RM4,000. Manakala bagi ahli yang mempunyai baki lebih RM90,000 boleh melakukan pengeluaran maksimum sebanyak RM60,000 dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000. Untuk ketahui lebih lanjut, sila baca DISINI. 


Seperti yang anda ketahui, wang pendahuluan yang telah diterima atau dikeluarkan melalui i-Sinar perlulah diganti semula. Apakah maksud mengganti semula? Jom baca sedikit pencerahan di bawah ini.


EPF MACAM BANK BAGI PINJAM DUIT?

Untuk pengetahuan anda, amaun yang didahulukan daripada Akaun-1 akan digantikan semula daripada caruman ahli di masa hadapan yang telah menggunakan kemudahan i-Sinar ini. Hal ini dilakukan dengan 100 peratus caruman baharu akan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam Akaun-1.


KELUARKAN EPF SENDIRI PUN KENA BAYAR BALIK KE?

Setelah jumlah amaun diganti semula, kadar pembahagian caruman akan kembali seperti biasa iaitu 70% (Akaun-1) dan 30% (Akaun-2). Amaun penggantian semula ini hanya akan diterima daripada caruman Ahli di masa hadappan dan bukannya secara tunai daripada ahli yang menggunakan kemudahan i-Sinar. 


SEMUA TU KITA KENA GANTI GUNA DUIT POKET SENDIRI KE?

Untuk pengetahuan anda, Ahli perlu menggantikan semua pendahuluan i-Sinar apabila caruman baharu mula diterima oleh KWSP. Penggantian semula hanya melalui caruman anda sepanjang tempoh bekerja seperti biasa. 


Tujuan utama penggantian semua wang pendahuluan ini adalah untuk memastikan ahli sentiasa mempunyai jumlah simpanan yang mencukupi untuk digunakan pada masa hadapan.


Bagi menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan i-Sinar dan memastikan bahawa kelangsungan hidup semasa krisis, ahli (pencarum) adalah digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).


SUMBER

Post a Comment

0 Comments