Cara Menuntut Wang KWSP Pencarum Yang Meninggal Dunia



Tahukah anda, ahli KWSP yang meninggal dunia, penama atau warisnya boleh datang untuk memohon pengeluaran simpanan si mati dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan.

Oleh itu, kami dari Salam Kerjaya akan berkongi kepada anda cara untuk membuat permohonan.


Syarat Pengeluaran KWSP Untuk Yang Meninggal Dunia

1. Penamaan

Pemohon adalah penama akaun ahli. Maksudnya pencarum yang meninggal dunia telah menamakan pemohon tersebut untuk mengeluarkan simpanan KWSP beliau.

Jika penama meninggal dunia, situasi perlu dilihat dalam dua perkara sama ada pencarum tersebut beragama islam ataupun tidak.

  1. Beragama Islam: jika penama meninggal dunia sebelum atau selepas ahli KWSP, waris terdekat ahli boleh memohon dengan Surat Kuasa.
  2. Bukan Beragama Islam: jika penama meninggal dunia SEBELUM ahli, waris kepada ahli layak memohon, akan tetapi jika penama meninggal SELEPAS ahli, waris kepada penama yang layak untuk memohon

2. Tanpa Penamaan

Jika pencarum tidak meletakkan apa-apa penama, waris yang terdekat layak untuk memohon dan waris ini terbahagi kepada dua.

Pencarum yang sudah berkahwin

  1. Balu atau duda pencarum
  2. Anak-anak
  3. Pentadbir pusaka pencarum

Pencarum yang belum berkahwin

  1. Bapa atau ibu pencarum
  2. Adik-beradik jika ibu bapa pencarum sudah meninggal dunia
  3. Pentadbir pusaka pencarum 
__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

__________________________________________________________________________

Cara Untuk Menuntut Simpanan KWSP Pencarum Yang Meninggal Dunia

Berikut dikongsikan cara untuk menuntut simpanan KWSP

1. Sediakan dokumen-dokumen tertentu

Dokumen Utama

  1. Borang Permohonan KWSP 9KM (AHL)
  2. SIjil kematian ahli
  3. Kad pengenalan
  4. Buku bank yang masih aktif dan di bank panel KWSP yang dilantik

Dokumen Sokongan

Kalau pemohon adalah penama, dokumen sokongan berikut perlulah dibawa:

  1. Sijil kelahiran penama
  2. Surat rayuan dan sijil kelahiran penama (jika pemohon merupakan penjaga kepada penama yang belum cukup umur)
  3. Laporan perubatan daripada Pengamal Perubatan Berdaftar (yang menyatakan tahap kesihatan penama, bagi pemohon yang menjadi penjaga kepada penama kurang upaya)

Kalau tiada penama, waris yang memohon mestilah membawa:

  1. Sijil kelahiran ahli (jika pemohon ibu atau bapa kepada ahli yang belum berkahwin
  2. Sijil kelahiran ahli, sijil kelahiran pemohon dan sijil kematin ibu bapa ahli (jika pemohon adalah adik-beradik ahli dan belum berkahwin)
  3. Sijil nikah ahli
  4. Sijil kelahiran anak ahli
  5. Surat cerai (jika ahli telah bercerai)

Dan salah satu daripada dokumen dibawah:

  1. Surat kuasa mentadbir, surat atau akuan yang dikeluarkan apabila seseorang itu meninggal dunia tanpa wasiat
  2. Surat probet, surat atau akaun yang dikeluarkan apabila seseorang itu meninggal dunia dengan wasiat
  3. Surat perintah pembahagian, surat perintah pembahagian harta pusaka
  4. Sijil faraid, dokumen kesahihan ahli waris yang berhak mendapat harta pusaka si mati

2. Segala dokumen pemohon mesti disahkan oleh orang yang diberi kuasa

3. Kenal pasti panel bank KWSP untuk melancarkan kemasukan duit nanti

4. Hantar permohonan dengan dokumen yang lengkap ke pejabat KWSP yang berdekatan.


Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai tuntutan wang KWSP untuk pencarum yang sudah meninggal dunia, anda boleh klik DI SINI

Post a Comment

0 Comments